Nak terjun katmana ni guys?
Call of Duty telah mendedahkan map bagi mode Blackout, mode battle royale yang akan hadir di dalam Call of Duty Black Ops 4 nanti.
Where are you dropping first?
This is Blackout, featuring the largest map in Call of Duty history. Pre-order #BlackOps4 and get access to the Blackout Beta, playable September 10 on PS4: https://t.co/XFvGMDwF3M pic.twitter.com/RAxzzDxjPO
— Call of Duty (@CallofDuty) September 5, 2018
Map Blackout ini nanti adalah map paling besar di dalam sejarah Call of Duty dan khabarnya direka berdasarkan rekabentuk map Erangel dan Miramar dari PlayerUnknown’s BattleGrounds!
Kawasan utara dan barat map ini dilitupi hutan, bukit-bukau, jambatan dan jalanraya berturap manakala kawasan timur dan selatan adalah kawasan gurun. Kedua kawasan ini dipisahkan oleh sebatang sungai yang menghubungkan sebuah tasik ke lautan.
Seperti PUBG, kawasan-kawasan utama dinamakan di dalam map tersebut. Di kawasan-kawasan utama inilah yang akan menjadi tumpuan pemain-pemain yang boleh mencapai 80++ orang nanti.
Beta Blackout akan dilancarkan bagi PS4 pada 10 September, Xbox One dan PC pada 14 September. Call of Duty: Black Ops 4 akan dilancarkan pada 12 Oktober bagi platform PS4, Xbox One dan PC.
Comments
Loading…