Mode battle royale dalam Battlefield V, Firestorm bakal dilancarkan pada 25 Mac ini di PC, PS4 dan Xbox One. Trailer sinematik yang penuh berapi telahpun dilancarkan minggu lalu.

Terbaru, DICE telah memperlihatkan map untuk mode ini buat kali pertama, yang digelar Halvøy (maksud: “Semenanjung” dalam bahasa Norway). Mereka mendedahkan bahawa Halvøy merupakan map paling besar yang pernah dicipta untuk francais ini.

Sebagai perbandingan, Halvøy adalah 10 kali ganda lebih besar berbanding Hamada, map paling besar dalam Battlefield V setakat ini. Korang boleh lihat perbandingannya di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.