in ,

Manchester United Saman Football Manger Kerana Menggunakan Nama Kelab “Terlalu Meluas”

Siri Football Manager bukan seperti siri Pro Evolution Soccer. Walaupun tiada lesen rasmi, Football Manager akan tetap menggunakan nama kelab sebenar, tidak seperti PES yang menggunakan nama palsu.

Pasukan bola sepak terkemuka England, Manchester United telah menyaman  penerbit dan pembangun siri Football Manager, Sega Publishing dan Sports Interactive (SI Games) kerana pembangun itu dikatakan telah mencabuli tanda perniagaan dengan menggunakan nama Manchester United “terlalu meluas dalam game”.

Malah, pihak Manchester United turut mendakwa SI Games telah mencabuli nama kelab itu dengan tidak menggunakan logo kelab yang terkenal dengan jolokan ‘Red Devils’ itu dengan betul dalam Football Manager, sebaliknya hanya menggunakan logo ringkas default berwarna merah putih.

Menurut Guardian, peguam Manchester United, Simon Malynicz menyatakan nama kelab itu merupakan antara jenama paling berharga di dunia, menambah bahawa wang yang diterima daripada perlesenan adalah “sangat signifikan”.

“Pengguna ingin melihat logo kelab di sebelah nama Manchester United,” kata Malynicz, “dan kegagalan untuk melakukan ini adalah satu kesalahan.”

Pihak Sega telah mempertahankan diri dengan mengatakan bahawa penggunaan nama kelab ini “adalah rujukan yang sah kepada pasukan bola sepak Manchester United dalam konteks bola sepak” dan telah menggunakannya dalam Football Manager dan juga dalam siri sebelumnya yang mana pada ketika itu dikenali sebagai Championship Manager sejak 1992 “tanpa sebarang aduan daripada si pengadu.”

Pihak Sega pula telah mendakwa kelab itu hanya cuba untuk “menghalang persaingan yang sama dalam ruang video game dengan menyekat beberapa pihak yang tidak berlesen dengan aduan untuk tidak menggunakan nama pasukan bola sepak Manchester United dalam kelompok game-game seperti itu.”

Pihak Mahkamah masih belum memutuskan apakah keputusannya terhadap dakwaan pihak Manchester United ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

CD Projekt Red Kini Mengatasi Ubisoft Sebagai Syarikat Gaming Eropah Paling Bernilai

Asalnya Assassin's Creed Pertama Tiada Side Missions, Tapi Ditambah Dalam Masa Hanya 5 Hari

Asalnya Assassin’s Creed Pertama Tiada Side Missions, Tapi Ditambah Dalam Masa Hanya 5 Hari