Tahniah diucapkan kepada Malaysian Battlefield Team (MBT) kerana mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa!
Gamer Connect yang berlangsung di Gachibowli Indoor Stadium, Hyderabad, India dan dirasmikan oleh K.T. Rama Rao, Menteri Teknologi Maklumat India – merupakan acara gaming yang menampilkan pameran komputer, video game, aktiviti berkaitan perkakasan gaming dan semestinya pertandingan esport iaitu Gamer Connect Geforce Overwatch!
8 pasukan dari India bertarung di peringkat kelayakan, dan 4 pasukan layak ke acara grand finals. Sebagai sebuah pasukan Overwatch yang berkebolehan di Malaysia, MBT yang ditaja oleh Cooler Master, dijemput pula oleh Cooler Master India untuk bukan sahaja bertanding, malahan membina hubungan sesama komuniti gaming antara kedua negara.
Jangan tertipu dengan nama mereka tau! Walaupun mereka bernama Malaysian Battlefield Team, pasukan yang bermula sebagai komuniti gaming Battlefield pada tahun 2006 ini terus berkembang maju sehingga menjadi salah sebuah pasukan esports yang disegani di rantau ini.
Dalam pertandingan Gamer Connect Geforce Overwatch tersebut, MBT yang kecundang dalam perlawanan pertama jatuh ke lower brackets dan terus bekerja keras sehingga mengalahkan ArkNemesis Gaming di peringkat semifinal dan seterusnya mara ke grand final untuk bertemu Global Esports.
Seperti yang dapat dilihat di dalam rakaman di atas, MBT membuktikan kemampuan mereka dengan mendominasi pasukan Global Esports, lalu muncul juara GamerConnect Geforce Overwatch Championship!
Tahniah diucapkan kepada Christopher Velu, Terry Lim, James Chong, Muhd Amir Hazim, Vince Ang, Jason Lim dan pengurus pasukan Kiri Kaniathran di atas kejayaan ini! Di atas kesungguhan yang dipamerkan, MBT dianugerahkan wang tunai Rp50,000 dan trofi GamerConnect Geforce Overwatch Championship.
Korang bila lagi nak mengharumkan nama negara dalam arena esports ni? Ke nak tunggu Sukan Asia 2022 baru nak mula?
Tahniah sekali lagi kepada MBT! Korang memang awesome!