Buat pertama kalinya dalam sejarah, temasya sukan terbesar Asia Tenggara, Sukan SEA akan mempertandingkan esports sebagai acara pingat.

Kontinjen pasukan Malaysia telah mengumumkan bahawa Malaysia mensasarkan tiga pingat emas melalui acara esports. Setiausaha Persatuan Esukan Malaysia (ESM), Hisham Darus mengatakan tiga pingat emas ini mampu diraih dari game Tekken 7, Dota 2 dan Hearthstone.

Dalam temasya sukan yang berlangsung pada hujung tahun itu nanti, lima acara esports akan dipertandingkan, iaitu DotA 2, Starcraft II, Mobile Legends: Bang Bang, Arena of ValorĀ  dan Tekken 7.

Bakal membuat debut di #2019SEAGames, E-Sports Malaysia (ESM) mensasarkan 3 pingat Emas šŸ„‡ mampu diraih skuad E-sports…

Posted by Team Malaysia on Jumaat, 28 Jun 2019

JomKomen!