Pasukan eSports Malaysia menjulang trofi Juara Keseluruhan AGES 2016!

Acara kemuncak ASEAN Games for eSports (AGES) 2016 telah pun berlangsung pada hari Ahad yang lalu. Dan ia telah berakhir dengan penuh gilang-gemilang!

ages
Suasana tenang sebelum aksi penuh debaran dimulakan!

29 Mei 2016 merupakan satu tarikh yang pasti akan diingati pencinta eSports tanah air – sama ada para atlet dan pihak pengurusan, mahupun peminat setia. Buat julung kalinya, Malaysia dinobatkan sebagai Raja eSports Asia Tenggara, di edisi pertama AGES 2016!

Pada hari bersejarah tersebut, tiga Grand Finals telah berlangsung, iaitu FIFA 16, Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) dan DotA 2.

JomBaca: AGES 2016: Wakil-Wakil Malaysia Layak ke Grand Finals DotA 2, CS:GO Dan FIFA 16!

FIFA 16 Grand Finals

ages
Finalist FIFA 16 dari Malaysia, Kickers_Shige (kiri) dan Infinite_AmTuah (kanan)

Seperti yang sudah kita ketahui, kedua-dua finalist adalah dari pasukan Malaysia, iaitu Kickers_Shige menentang Infinite_AmTuah. Bermakna, apa juga keputusannya, kemenangan pasti milik tuan rumah!

ages
Perlawanan akhir yang sungguh mendebarkan!

Kedua-dua pemain mempamerkan corak permainan yang sangat bertenaga dan sentiasa berada di tahap tertinggi. Masing-masing menonjolkan tempo yang laju dan tidak pernah lekang dengan serangan yang berbalas-balas.

ages
Dua pengulas untuk FIFA 16 yang sungguh menghiburkan!

Menggunakan format best-of-3, Infinite_AmTuah telah mengesahkan kejuaraan selepas melalui tentangan yang cukup, cukup sengit daripada Kickers_Shige – sehinggakan para penonton juga tidak senang dibuatnya! Infinite_AmTuah membawa pulang RM34,400!

Keputusan: Infinite_AmTuah 2-1 Kickers_Shige

ages
Senyuman seorang Raja FIFA Asia Tenggara!

CS:GO Grand Finals

ages
Pasukan MPV.Karnal sedang beraksi!

Perlawanan akhir ini juga telah menyaksikan satu pertempuran yang sangat menghiburkan. MVP.Karnal membawa maruah Malaysia untuk memastikan Grand Finals kedua ini tetap menjadi milik tanah air. MiTH dari Thailand pula semestinya tidak mahu maruah “Gajah Putih” mudah dicalarkan di negara luar.

ages
Aksi CS:GO yang sedang hangat dimainkan!

Ternyata MVP.Karnal telah membuktikan bahawa kelayakan mereka ke World Cyber Arena 2016 di China pada Disember nanti bukanlah sembarangan. Dari awal perlawanan hingga ke akhirnya, dominasi yang telah mereka lakukan sangat terserlah. Pasukan kebanggaan negara ini telah menang mudah ke atas pasukan negara jiran tersebut – seterusnya membawa pulang RM133,300!

Keputusan: MVP.Karnal 16-7 MiTH

ages
MVP.Karnal, kebanggaan Malaysia, Pasukan CS:GO terbaik rantau ini!

DotA 2 Grand Finals

ages
Dua jaguh DotA 2 di Asia Tenggara!

Perlawanan akhir DotA 2 antara yang menjadi perhatian dan ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan penonton. Pasukan Signature Trust mewakili Thailand manakala Malaysia diwakili oleh Orange.Taring.

Harapan penyokong tanah air pastinya mahukan pasukan negara membolot ketiga-tiga Grand Finals. Namun apa yang mengejutkan, pasukan pilihan, iaitu Orange.Taring telah dikejutkan dengan kekalahan straight set 2-0. Kekalahan ini benar-benar mengejutkan kerana pasukan Orange.Taring bermula garang diperingkat kumpulan.

ages-dota-001

Pada pusingan pertama, walaupun pilihan hero-hero yang dilakukan oleh pasukan Orange.Taring mempunyai skill combo secara berkumpulan, namun begitu, mereka tidak dapat mengekang pilihan hero-hero yang keras dari Signature Trust seperti DK dan juga Night Crawler.

Pasukan Signature Trust yang bergerak secara berkumpulan menyukarkan lagi Orange Taring untuk menyerang lawan mereka sekaligus menyebabkan mereka banyak tewas dalam war dan ini membuatkan mereka tewas untuk game yang pertama.

ages-dota-002

Pada pusingan kedua, pasukan Orange.Taring seperti mendapat suntikan semangat yang baru apabila mula melakukan serangan bertubi dan seketika mendahului pasukan Signature Trust. Namun begitu, Signature Trust dapat membaca setiap taktik mereka dan melakukan serangan balas sekaligus mendahului Orange.Taring.

Walaupun Orange.Taring kerap melakukan serangan balas, namun kerjasama yang padu dari Signature Trust membuatkan mereka sering memenangi setiap war yang berlaku. Dan akhirnya Signature Trust terus mendominasi permainan sehingga ke penamat, sekaligus menjadi juara AGES 2016 kategori DotA 2 dan membawa pulang RM176,300!

Keputusan: Signature Trust 2-0 Orange Taring

Acara Penyampaian Hadiah

ages
Presiden Persatuan eSports Malaysia Dato’ Latt Shariman Abdullah.

Acara kemuncak dan penutup ini dimulakan dengan ucapan daripada Presiden Persatuan eSports Malaysia Dato’ Latt Shariman Abdullah. Kemudian, ia diteruskan dengan acara penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Tetamu-tetamu VIP.
Tetamu-tetamu VIP.

Dengan penyampaian tersebut, Malaysia secara rasminya dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan AGES 2016 – Raja eSports Asia Tenggara! 

Pasukan eSports Malaysia menjulang trofi Juara Keseluruhan AGES 2016!
Pasukan eSports Malaysia menjulang trofi Juara Keseluruhan AGES 2016!

Berikut adalah gambar pemenang-pemenang AGES 2016 Grand Finals bersama hadiah yang dibawa pulang mereka:

[su_slider source=”media: 15184,15183,15182,15181,15180,15179,15178,15177,15176″ limit=”55″ link=”lightbox” height=”600″ title=”no” autoplay=”2000″]

Kejayaan pasukan eSport Malaysia ini juga telah mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Beliau telah menyampaikan ucapan tahniah dan dorongan untuk meneruskan usaha melalui post Facebook-nya.

“Tahniah pasukan Esports Malaysia juara keseluruhan AGES 2016. Saya dimaklumkan juga bahawa anak-anak Malaysia dinobatkan sebagai “raja” FIFA 2016 dan Counter Strike di Asia Tenggara. Hebat, teruskan usaha!”, kata beliau.

Antara barangan yang boleh dibeli di AGES 2016.
Antara barangan yang boleh dibeli di AGES 2016.

AGES 2016 telah berlangsung selama 3 hari dari 27 hingga 29 Mei 2016. Untuk melihat gambar-gambar suasana tersebut, boleh klik untuk hari pertama di sini, hari kedua di sini dan hari ketiga di sini.

Jika anda masih tidak puas dengan melihat gambar-gambar pada hari ketiga tersebut, jangan lupa untuk saksikan video ulangan kepada live broadcast yang kami lakukan di bawah:

Akhir kata, kami di JomGaming ingin mengucapkan syabas kepada para atlet, pasukan penganjur, rakan media, para penyokong dan kesemua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung yang telah sama-sama memeriahkan arena eSports tanah air! Perjalanan masih jauh di hadapan untuk menakhluk Asia dan seterusnya dunia pula!

MALAYSIA BOLEH!

JomKomen!