in , ,

Malaysia Jadi Lokasi Studio Pembangunan Game Sony Interactive Entertainment Asia Tenggara Yang Pertama!

Fuhh, ini yang kita mahu – kerjaya membangunkan industri video game negara! Lebih stabil dan lebih terjamin masa depan.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Sebentar tadi telah mengumumkan kerjasamanya bersama Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios (SIE WWS) dalam menubuhkan studio globalnya yang pertama di Asia Tenggara pada tahun 2020.

Pengumuman ini yang telah dibuat oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia – buktikan kemampuan Malaysia sebagai pusat industri video game di rantau ini.

YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama Shuhei Yoshida, SIE

Melalui studio ini, Malaysia dan SIE akan mewujudkan lebih peluang bagi industri video game tempatan dan serantau, membangunkan tenaga kreatif di Malaysia serta menjalinkan kerjasama bersama rakan-rakan pendidikan tempatan. Kesemua ini akan memastikan pembangunan industri video gaming yang lebih pantas.

Studio yang akan dinamakan Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios Malaysia Sdn. Bhd. (SIE WWS Malaysia) dilihat akan menyediakan khidmat seni dan animasi serta membangunkan game-game eksklusif global bagi platform PlayStation.

YB Datuk Darrel Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pula berkata penubuhan SIE WWS ini nanti akan menjadi permulaan kepada kemasukan 60 buah studio pembangunan game  dari serata dunia!

Duduk tak duduk, sepanjang lebih 20 tahun membangunkan industri Kandungan Digital Kreatif, Malaysia telah menghasilkan 149 produk game dan menjana kutipan RM7.6 bilion dan jualan eksport 1.3 bilion ke 120 negara lain!

Sebagai rakyat Malaysia, ini adalah sesuatu yang membanggakan penulis. Moga-moga gamers muda-mudi di luar sana dapat memanfaatkan usaha ini demi memajukan industri video game tempatan.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pengarah God of War Mengacah Sesuatu Misteri Di Twitter, Sekuel Bakal Diumumkan?

Border Doom - Apabila Borderlands 3 Menerjah Masuk Ke Dalam Dunia Doom

Border Doom – Apabila Borderlands 3 Menerjah Masuk Ke Dalam Dunia Doom