Moonton telah mengumumkan tarikh dan lokasi berlangsungnya Mobile Legends: Bang Bang World Championship.

Kejohanan rasmi terbesar dunia untuk Mobile Legends itu akan diadakan Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 15 hingga 17 November 2019. Peringkat kumpulan pula bakal diadakan pada 11 hingga 14 November di satu lokasi yang masih belum diumumkan.

Menurut eGG Network, 16 pasukan dari 14 buah negara akan berentap untuk merebutkan hadiah kemenangan terkumpul sebanyak USD250,000 (RM1,027,369). Pasukan-pasukan ini termasuklah Indonesia (2 pasukan), Filipina (2), Malaysia (2), Singapura (1), Myanmar (1), Vietnam (1), Jepun (1), Thailand & Laos (1), Kemboja (1), Rusia (1), Turki (1), Amerika Syarikat (1), dan Brazil (1).

Kata Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang turut hadir semasa pengumuman kejohanan ini di Moonton Epicon 2019:

“Esports di Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadi industri bernilai jutaan dolar yang secara signifikannya mampu melonjakkan pembangunan sosio-ekonomi negara, dan kami berterima kasih kepada Moonton kerana membantu untuk meletakkan kami di peta dunia dengan memilih Malaysia sebagai sebagai lokasi untuk Mobile Legends: Bang Bang World Championship yang pertama.”

JomKomen!