Festival gaming yang terbesar di Malaysia, Malaysia Cyber Games kembali lagi Disember 2015 ini. Jom tengok apa best pasal festival ini!
Dalam usaha memajukan e-sukan di Malaysia, festival Malaysia Cyber Games (MCG) yang mendapat sokongan penuh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini membuka peluang kepada pemuda-pemudi negara untuk mengasah bakat mereka supaya setanding dengan cabaran e-sukan antarabangsa.
Bakat-bakat gaming di Malaysia selama ini seperti diabaikan dan dengan festival ini, ia diharap dapat menggilap bakat-bakat yang ada dan membantu mereka sampai ke peringkat dunia. Moga usaha ini berjaya dan memungkinkan satu hari nanti bendera Malaysia berkibar di pentas antarabangsa.
http://www.youtube.com/watch?v=L9KC551liBE
Team Taring adalah satu pasukan yang bakal dibawa untuk mewakili negara dalam pertandingan DoTA 2 kelak. Pemenang pertandingan DoTA 2 dalam MCG akan dipilih sebagai ahli pasukan Team Taring. So, korang yakin tak untuk pegang title #SayaTaring nanti?
Berikut adalah game dan maklumat yang bakal dipertandingkan di Malaysia Cyber Games 2015 ini nanti:
DotA 2
Slot: 64 pasukan.
Tarikh: 12-13 Disember 2015.
Daftar masuk: 0900-1000.
Masa: 1000 – 2300.
Format: Peringkat berkumpulan – Playoff.
Pemecah seri: Rating masa.
Tempat: Stadium Malawati, Shah Alam.
Semua peserta hendaklah membawa headset kerana headset tidak disediakan.
Hadiah pertandingan
Juara – RM 125,000.
Naib juara – RM 50,000.
Tempat ke-3 dan ke-4 – RM 10,000 bagi setiap pasukan.
Tempat ke-5 hingga ke-8 – RM 1,250 bagi setiap pasukan.
Lebih info dan pendaftaran boleh dibuat di sini.
Counter Strike: Global Offensive
Slot: 32 pasukan.
Tarikh: 11-13 Disember 2015.
Daftar masuk: 0900-1000.
Masa: 1000 – 2300.
Format: Peringkat berkumpulan – Playoff.
Tempat: Stadium Malawati, Shah Alam.
Semua peserta hendaklah membawa headset kerana headset tidak disediakan.
Hadiah pertandingan
Juara – RM 30,000.
Naib juara – RM 15,000.
Tempat ke-3 dan ke-4 – RM 5,000 each (RM10,000).
Lebih info dan pendaftaran boleh dibuat di sini.
FIFA 2016
Slot: 512 peserta.
Tarikh: 11-13 Disember 2015.
Daftar masuk: 0900-1000.
Masa: 1000 – 2300.
Format: Peringkat berkumpulan – Playoff.
Tempat: Stadium Malawati, Shah Alam.
Hadiah perlawanan masih lagi belum diumumkan pembahagian daripada wang terkumpul sebanyak RM 20, 000.
Lebih info dan pendaftaran boleh dibuat di sini.
Street Fighter 4
Info mengenai masa dan tempat masih belum diumumkan tetapi dijangka akan diadakan pada tempat dan masa yang sama dengan aktiviti pertandingan yang lain.
Hadiah pertandingan.
Juara – RM10,000.
Naib juara – RM5,500.
Tempat ke-3 – RM3,000.
Tempat ke-4 – RM1,500.
Lebih info dan pendaftaran boleh dibuat di sini.
+++
Bagaimana? Ada pertandingan yang korang minat? Ayuh daftar masuk dan jumpa team JomGaming disana nanti ya! 🙂
Comments
Loading…