in

Malaysia Cyber Games Bawak Tetamu Istimewa!

malaysia-cyber-games-001

Sebut je Puppey konfem dotarian-dotarian sekalian kenal sape yang Penulis maksudkan. Beliau merupakan salah sorang pemain DotA 2 terbaik dunia.

So apa kene mengena Puppey dan juga Malaysia Cyber Games? Well guys, Team Secret akan datang ke Malaysia Cyber Games pada 13 Disember 2015 ini. Wow!! Ini pasti merupakan peluang keemasan yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat Team Secret.

dota-2-frankfurt-final-002
Team Secret: Misery, pieliedie, Puppey, EnternalEnvy & W33ha

Bermacam-macam aktiviti yang akan diadakan bersama Team Secret antaranya 10 VS 10 Dota 2 team match. Selain itu korang boleh dapatkan autograph pemain-pemain Team Secret di booth Autograph yang telah disediakan oleh penganjur. OMG!! Penulis konfem akan beratur dapatkan autograph dari Team Secret.

JomBacaMalaysia Cyber Games: Peluang Untuk Harimau Beraksi!

Dan sekiranya korang peminat kipas-susah-mati Team Secret, korang boleh dapatkan tiket SVIP yang membolehkan korang masuk ke Player Lounge dan ini membolehkan korang membuat sesi bergambar, berborak dan bertemu pemain-pemain Team Secret secara lebih dekat lagi.

Sekiranya ada diantara korang yang berminat untuk mendapatkan tiket SVIP. Klik sahaja Tiket Ke Malaysia Cyber Games.

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Stealth Division: Clan Ninja Trollers Yang Senyap dan Selamat!

Just Cause 3: 1000km? Bapak Besar Map Kau!

Just Cause 3: Dari Diari Developer Mengenai Avalanche Game Engine