Ketiga di Asia Tenggara.

Dalam laporan terbaharu yang dikeluarkan oleh Newzoo, (via Kakuchopurei.com) Malaysia kekal di tangga ke-21 di dunia dalam pendapatan industri video game. Malaysia dianggarkan mencatatkan perbelanjaan sebanyak USD654 juta iaitu kira-kira RM2.66 billion.

Ya, benarlah kata sesetengah orang, Malaysia dan nilai 2.6 billion berpisah tiada.

Perbandingan antara negara Asia Tenggara, Malaysia juga kekal di tangga ke-3, di bawah Indonesia (ke-17) dan Thailand (ke-20). Walau bagaimanapun, Malaysia berada di atas beberapa negara Asia Tenggara lain, iaitu Vietnam (ke-25), Filipina (ke-26), dan Singapura (ke-34).

Semestinya, untuk kedudukan keseluruhan dunia, China, Amerika Syarikat dan Jepun masing-masing gah berada di kedudukan pertama, kedua dan ketiga.

Gambar di bawah menunjukkan senarai kedudukan 30 teratas untuk pendapatan industri video game di seluruh dunia:

Laporan ini turut mendedahkan purata seseorang membelanjakan wang dalam satu-satu game, dan di bawah adalah perbandingan untuk enam negara Asia Tenggara teratas:

  1. Singapura: USD66 (RM268)
  2. Malaysia: USD24.2 (RM98)
  3. Thailand: USD18.21 (RM74)
  4. Indonesia: USD13.2 (RM54)
  5. Vietnam: USD9.4 (RM38)
  6. Filipina: USD7.24 (RM29)

Makna kata, secara purata, gamer di Malaysia membelanjakan RM98 untuk satu-satu game. Adakah korang berada di bawah atau di atas purata ini? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

Tahun lalu, dalam laporan yang dikeluarkan firma yang sama, Malaysia turut berada di kedudukan ke-21 dunia dengan pendapatan sebanyak USD586 juta.

JomKomen!