in , , , , , , ,

Malam Tadi, Langit Terbelah, Fortnite Telah Digegarkan Dengan Pelancaran Roket Yang Menggerunkan!

Semua pemain terpaku.

Selepas dunia Fortnite telah dihentam dengan meteor semasa bermulanya Season 4, pelbagai kawasan baru telah ditambah ke dalam map. Antara yang menjadi perhatian pemain sepanjang musim ini ialah markas penjahat yang mempunyai roket yang tersedia untuk dilancarkan.

Semalam, Epic Games telah mengumumkan yang satu acara besar akan berlaku kepada roket itu, meletakkan tarikh dan masa ia akan dilancarkan. Dan tepat jam 1.30 pagi tadi (waktu Malaysia), roket tersebut telah dilancarkan dan semua pemain yang menantikannya telah terpaku, semuanya tidak terkata melihat apa yang berlaku di depan mata mereka.

Pelancaran roket tersebut tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Korang kena lihatnya sendiri di bawah:

Pelancaran roket ini pastinya adalah gimik mengacah yang akan membawa kepada Season 5 yang akan bermula pada 12 Julai ini. Namun, apakah sebenarnya tema yang akan disajikan Epic Games dalam musim akan datang ini? Pelancaran roket ini lebih menimbulkan persoalan daripada jawapan!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Air Asia Ajak Atlit Esports Lelaki & Wanita 38 Negara Sertai WESG, Tourney Ala Olimpik

Koleksi Game Segera PlayStation Plus Untuk Julai 2018