Wakka wakka sebagai Ms. Pac-Man di dalam Google Maps sekarang!

April Fool’s Day sudah tiba – ini bermakna pelbagai jenama akan melakukan stunt pemasaran yang kelakar lagi menyeronokkan bersama produk mereka.

Contohnya adalah Google dan Google Maps. Sekarang pengguna iOS dan Android boleh bermain sebagai Ms. Pac-Man di dalam Google Maps!

Hanya buka aplikasi Google Maps dan tekan butang Ms. Pac-Man yang berada di bahagian bawah kanan aplikasi tersebut. Kemudian Google Maps akan memaparkan peta-peta yang berubah menjadi peta dunia Pac-Man.

Aplikasi ini sepatutnya memaparkan lokasi sebenar anda, tetapi ianya hanya memaparkan lokasi bagi mereka yang berada di Amerika Syarikat. Asalkan boleh bermain kejar-kejar bersama ghosts dan Ms. Pac-Man pun jadilah, kan?

Klik sini untuk bermain Google Doodle Pac-Man.

Ini bukanlah kali pertama Google membawa Pac-Man kepada produk mereka. Pada tahun 2010, gergasi enjib carian itu menyambut ulangtahun ke-30 Pac-Man dengan menjadikan Google Doodle hari tersebut menjadi level yang boleh dimainkan.

Pada April Fool’s Day 2015 pula, versi desktop Google Map mendapat perubahan yang sama seperti aplikasi mobile Google Maps ini, cuma pada masa itu, pengguna dapat bermain sebagai Pac-Man.

JomKomen!