Dunia modding di platform PC sememangnya menggila, dan kadang-kala ada yang melucukan.

Terbaru, satu modding terbaru untuk Sekiro: Shadows Die Twice, sebuah game yang dicanang ramai sebagai game yang lebih sukar daripada siri Dark Souls, membenarkan pemain bermain dengan satu karakter yang tidak disangka-sangka.

Modding terbaru daripada Eyedeability ini membawakan pemain untuk menggunakan Arthur Morgan, protagonis dalam Red Dead Redemption 2 untuk dimainkan sebagai watak utama dalam Sekiro: Shadows Die Twice. Screenshots dalam game untuk modding ini juga telah dikongsikan — walaupun ia sepatutnya kelihatan aneh apabila seorang hero koboi masuk ke dunia Samurai, tapi kehadiran Arthur Morgan dalam game ini kelihatan agak badass.

Korang boleh dapatkan modding ini melalui pautan ini.

Selain Arthur Morgan, ada juga karakter lain yang telah dikeluarkan sebelum ini, antaranya Kurosaki Ichigo (Bleach), Geralt (The Witcher 3), 2B (Nier: Automata), Cloud, Dante (Final Fantasy), Scorpion, Liu Kang (Mortal Kombat), Darth Maul (Star Wars) dan banyak lagi.

Terima kasih, dsogaming.

1 komen

JomKomen!