in , ,

Mainkan Demo Kingdom Hearts 3 Sekarang Di Play Everything Lounge by PlayStation®, Sunway Pyramid

Nikmati pengalaman berada di acara PlayStation Experience pada skala lebih intim dan personal dan bermain game-game PS4 yang akan datang!

Sumber: Bunny Gaming

Sony Interactive Entertainment Hong Kong Limited Singapore Branch (SIES) telah mengumumkan kerjasamanya dengan Sunway Pyramid dalam mengadakan Play Everything Lounge by PlayStation® – sebuah tempat untuk korang datang melepak dan mainkan game-game terbaru PlayStation 4 dan juga game-game yang akan datang!

Play Everything Lounge yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara ini terletak di FF – Blue Zone, Sunway Pyramid dan akan dibuka kepada pengunjung antara 10 pagi sehingga 10 malam dari 23 November 2018 sehingga 17 Februari 2019.

Sumber: Bunny Gaming

Paling menarik, sepanjang minggu pertama antara 23 – 25 November, pengunjung dapat memainkan demo game Square Enix yang akan datang – Kingdom Hearts 3. Sebelum membelanjakan RM239 untuk game edisi standard KH3 ini, korang boleh cuba memainkan demo game ini dahulu di Play Everything Lounge. Kalau cun, mungkin korang berminat untuk membeli Kingdom Hearts 3 Deluxe Edition (RM349) atau versi Digital (RM229) / Digital All in One Package (RM429).

Maklumat tentang demo game dan aktiviti yang akan diadakan di Play Everything Lounge ini nanti akan diumumkan di Facebook PlayStation Asia dan Facebook Sunway Pyramid.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

WESG 2019: Tarikh Dan Format Pusingan Kelayakan PES 2019 Untuk Rantau Asia Tenggara Diumumkan

Pemain Buta Ini Mampu Kalahkan Pemain Profesional Street Fighter V!