Masih berkira-kira untuk dapatkan Football Manager 2019 ataupun tidak?
FM 2019 telahpun dilancarkan pada 1 November lalu. Kini, Sports Interactive telah mengeluarkan versi demo untuk game ini bagi para pemain mencubanya terlebih dahulu.
Versi demo ini akan membenarkan para pemain untuk memulakan karier daripada beberapa liga, dan boleh mainkan secara percuma sehingga pertengahan musim. Apa yang menarik ialah pemain boleh membawa progress yang telah dicapai selama separuh musim itu ke game penuh, jika pemain memutuskan untuk membelinya kemudian.
Korang boleh dapatkan versi demo ini melalui laman FM 2019 di Steam. Game penuh boleh dibeli dengan harga RM139.
Comments
Loading…