Korang dah bosan dengan kostum yang ada dalam Star Wars Battlefront II?
Antara sebab mengapa Star Wars Battlefront II tidak menampilkan kosmetik karakter yang lain daripada yang lain adalah kerana ia melanggar canon yang terdapat dalam dunia Star Wars. Itu kata orang kuat EA, Blake Jorgensen.
Walau bagaimanapun, para peminat merasakan mereka “perlu” untuk mencuba Darth Vader dalam kostum berwarna merah jambu – dan itulah apa sekumpulan modders ini telah lakukan. Korang boleh dapatkan mod kostum untuk Darth Vader ini, yang direka oleh Destauch, di sini.
Kalau korang rasa Darth Vader berwarna merah jambu masih belum cukup untuk membuatkan korang ketawa, cuba pula kostum baru untuk cucunya ini. Modder GameTSF pula telah mencipta kostum untuk Kylo Ren, iaitu kostum Matt The Technician yang pernah muncul dalam Saturday Night Live.
Korang boleh dapatkannya di sini.
Perlu diingat bahawa modding ini hanya boleh dilakukan di platform PC, dan hanya boleh dimainkan dalam arcade mode.
Sumber: Gamewatcher, Kotaku
Comments
Loading…