Korang mungkin pernah terbayang, tapi pasti tak tahu yang katil gaming seumpama ini sudahpun wujud, bukan?
Tak usah sembang tentang meja gaming, kerusi gaming, gaming di atas sofa — sebab sekarang kita bercakap soal katil gaming buatan sebuah syarikat dari Jepun ini. Di laman web Bauhutte telah memperkenalkan satu satu stesyen gaming premium yang membenarkan gamer bermain game, makan dan tidur di sini.
Kalau korang tengok sendiri gambar-gambar di bawah, korang akan dapat ideanya bagaimana katil gaming ini direkabentuk. Ia merangkumi katil/tilam, meja di bahagian kaki untuk meletakkan PC desktop, dan meja kecil lain yang dalam iklannya meletakkan beberapa makanan, minuman dan barangan rumah lain.
Korang boleh pergi laman web rasmi jualan stesyen gaming ini di pautan ini, tapi ia berbahasa Jepun.
Terima kasih, PC Gamer.
Comments
Loading…