in ,

Main Banyak Demo Game Baru Di Steam – Game Festival Kembali Pada Jun Ini

[KEMASKINI]:

Steam Game Festival telah ditunda, kini akan berlangsung dari 16 hingga 22 Jun.

[LAPORAN ASAL]:

Konvensyen gaming terbesar dunia, E3 2020, seperti yang kita semua maklum, telah dibatalkan disebabkan wabak COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia. Namun, ia tidak menghalang pelbagai pihak untuk meraikan sesuatu yang berkaitan gaming di rumah masing-masing.

Penerbit The Game Awards, Geoff Keighley telah mengumumkan The Steam Game Festival akan kembali pada tahun ini dengan lebih awal, yang mana ia akan berlangsung pada sama tarikh E3 2020 sepatutnya diadakan.

The Steam Game Festival 2020 akan berlangsung dari 9 hingga 14 Jun. Di platform Steam, pemain akan berpeluang untuk mencuba pelbagai demo untuk game-game yang belum dilancarkan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Twitter, Keighley mengatakan yang The Steam Game Festival pada tahun ini akan diraikan dalam skala yang lebih besar serta mempunyai beberapa pembaharuan. Katanya, mereka akan memperkenalkan gaya baharu untuk kita berkumpul dan meraikan gaming dalam situasi yang cukup menyukarkan ini.

The Steam Game Festival dengan kerjasama Steam pertama kali diperkenalkan semasa The Game Awards 2019 yang diadakan pada Disember lalu. Pada ketika itu, pemain dibenarkan mencuba demo untuk game-game baharu ini selama 48 jam. Untuk tahun ini, kemungkinan pemain akan dapat mencuba lebih lama?

Keighley akan berkongsikan info lanjut untuk The Game Festival 2020 ini dalam masa terdekat.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Francais Crysis Akan Dihidupkan Semula Oleh EA? Crytek Mula Mengacah Sesuatu?

Francais Crysis Akan Dihidupkan Semula Oleh EA? Crytek Mula Mengacah Sesuatu?

Sony Umumkan Kempen 'Play at Home', Berikan Percuma Trilogi Uncharted Dan Journey

Sony Umumkan Kempen ‘Play at Home’, Berikan Percuma Trilogi Uncharted Dan Journey