Mana pemain handalan FIFA dan PES dari negeri Johor? Inilah masanya untuk harumkan nama negeri tercinta!

JByte Gaming Studios akan menganjurkan JOHOR e-SPORT CHAMPIONSHIP PES 2019 & FIFA 19 pada hujung minggu ini. Pertandingan yang dipersembahkan oleh Kementerian Belia & Sukan serta dikuasakan Kelab Sukan Elektronik Harimau Selatan ini akan menawarkan hadiah kemenangan terkumpul sebanyak RM1,300.

Selain hadiah tersebut, ganjaran yang lebih utama ialah juara akan mewakili negeri Johor dalam dua game bola sepak ini ke Hari Sukan Negara yang dijangka akan berlangsung pada Oktober 2019 kelak.

Berikut ialah butiran yang perlu korang tahu tentang sesi pemilihan ini:

  • Nama Acara: JOHOR e-SPORT CHAMPIONSHIP
  • Lokasi: Plaza Pelangi Johor Bahru (Google Maps)
  • Tarikh: 19 dan 20 April 2019
  • Masa: 10 pagi hingga 5 petang
  • Yuran Pendaftaran: RM10

Berminat? Korang boleh dapatkan maklumat lanjut atau mendaftar melalui pautan ini.

JomKomen!