Artikel ini adalah pengalaman dari kacamata Liza Langkasuka, yang telah berpengalaman di Destiny PS4 selama 2824 jam! Korang nak baca nukilan asal penulis kitorang ini dalam Bahasa Inggeris? Korang boleh click SINI!

Almari inventori saya sangat bersepah!

Mana-mana game RPG di mana watak saya mendapat vault space, saya yang suka longgokkan barang-barang akan mengisi ruang simpanan sampai penuh. Kebanyakkan barangan itu adalah hasil ganjaran yang diterima selepas misi story yang epik, walaupun ia digantikan dengan cepat oleh barangan lain dari misi kemudiannya. Oleh sebab misi story yang epik itu sudah berakhir, saya tidak sampai hati hendak membuangnya.

Bungie telah mengesahkan bahawa dalam Destiny 2, hanya rupa watak dan Guardian class akan dibawa dari game pertama. Ini melontar Guardians veteran ke taraf sama di semua platform dan ada juga sedikit perasaan campur-aduk dalam kalangan Guardians Destiny lama. Tetapi selepas livestream Destiny 2 dan showcase Sony E3, ia adalah elok juga untuk kitorang menutup ruang simpanan Tower sebaik-baiknya sebelum beralih ke misi-misi baru, kuasa yang dikemaskini, dan format PvP yang direka semula.

Apabila saya mula bermain Destiny, saya memang belum mengenali game shooter. Saya bukan ahli mana-mana clan, dan ada dua orang sahaja dalam friendlist PSN saya. Semua game Steam saya adalah single-player dan dimainkan dalam laptop jenama Sony Vaio, beli pada zaman dahulu semasa Sony masih menjual laptop. Destiny pula adalah sebuah FPS MMORPG yang khas untuk konsol. Ini adalah usaha baru yang diluar dari zon selesa saya, tetapi saya sangat teringin tahu pasal game shooter. Oleh itu, saya terus masuk ke game yang paling hyped-up di PS4 pada masa itu.

Primary Diutamakan

Auto rifle: Vanquisher VIII

Dulu saya suka game Bioshock Infinite dan Skyrim di platform PC. Menggunakan controller DualShock 4 untuk game yang lebih fast-paced adalah pekara baru bagi saya. Saya tidak berapa pandai fokus melalui skop (aim down sights – ADS) pada mulanya, tetapi mana-mana senapang yang menyembur banyak peluru adalah elok dengan cara permainan saya. Dengan itu, auto rifles adalah senjata yang pertama menimbulkan rasa cinta kepada game Destiny. Senjata ini mengajar saya untuk percaya kepada naluri diri.

Senapang auto Vanquisher VIII dianggap sebagai versi legenda kepada senapang eksotik Suros Regime, senapang terkenal sebagai mesin yang membaham Guardians dalam perlawanan PvP tahun pertama Destiny. Saya tidak sedar tahap kekuatan senapang ini sehingga seorang ahli rakan raid memuji perk Field Scout yang ada, justeru ia dilengkap dengan peluru tambahan. Inilah senapang paling lama saya simpan. Bahkan memori paling indah apabila saya memasuki perlawanan PvP dengannya dan tewas dengan teruk.

Scout rifle: Vision of Confluence

Semakin lama saya membiasakan diri dengan kawalan controller FPS, mulalah saya menggunakan senapang scout untuk mendapat tembakan kritikal dalam pertarungan boss fights di PvE. Misi Strike kegemaraan saya adalah Sepiks Prime dan Nexus Mind, di mana musuh boss mempunyai bola mata yang besar dan ruang terhad untuk dia bergerak bebas. Senjata ini mengajar saya untuk menjaga kestabilan semasa menembak. Justeru, setiap senapang yang saya dapat akan diperiksa tahap kestabilan terlebih dulu.

Vision of Confluence adalah senapang raid scout yang paling saya sering gunakan oleh sebab adanya perk keseimbangan yang baik. Saya juga melengkapkan dengan senapang lain yang mengakibatkan letupan AoE di tempat sekeliling untuk lebih senang menyapu habis musuh-musuh kecil. Dalam PvP pula, saya hanya biasa-biasa saja dengan senapang eksotik Mida Multi-Tool. Ia adalah dengan senapang jenama Trials of Osiris, Burning Eye, barulah saya menjumpai senjata yang tepat bersesuaian dengan playstyle saya.

Hand Cannon: Hawkmoon

Saya sering mengasingkan diri dari bahagian multiplayer, oleh sebab sambungan Internet rumah saya agak sub-standard dan tidak elok untuk PvP. Tetapi tiada halangan yang kukuh bila saya terdorong untuk mendapatkan senjata eksotik yang unik. Dengan semangat tinggi, saya mengambil pistol Hawkmoon yang saya dapat secara rawak dari misi Nightfall dan terus terjun dalam pelbagai acara Crucible. Lucunya selepas berakhirnya misi tersebut, saya lebih menyukai handcannon yang dipakai daripada senjata eksotik yang diterima.

Ditempatkan dibelakang Thorn dan The Last Word, Hawkmoon adalah antara pistol yang paling digemari oleh gamers PvP diwaktu hayat tahap meta handcannons. Dengan pistol ini, saya menjadi lebih aktif dalam acara bulanan Iron Banner. Walaupun KDR saya teruk, saya agak dikenal sebagai gamer yang tidak bersifat keterlaluan atau bertabiat suka teabag orang. Hasilnya, saya dijemput dalam pelbagai aktiviti dari banyak kumpulan clans Destiny. Senjata ini mengajar saya bahawa perkara-perkara baik yang boleh berlaku apabila saya memberanikan diri.

Pulse rifle: Hawksaw

Pada peringkat ini semasa bermain Destiny, saya sudah mula memahami jenis-jenis senjata meta, perks yang paling sesuai digunakan, dan banyak menonton video maklumat di YouTube. Setelah beberapa hari menjalankan beberapa misi Strikes dan mengharapkan nasib random loot generator (RNG), saya akhirnya mendapat senapang pulse yang terkenal dengan tahap kestabilan dan ketepatan yang amat tinggi, Hopscotch Pilgrim.

Tetapi hampir sebulan kemudiannya, Bungie pula mengubahsuai ciri-ciri senapang ini oleh sebab ia disangka terlalu kuat (over-powered). Senjata ini mengajar saya untuk sentiasa memberi perhatian kepada maklumat kemaskini dari Bungie dan maklum balas dari komuniti Destiny.

Selepas itu, saya masih menggunakan senapang tersebut sekali-sekala. Kemudian, editor saya mengesyorkan untuk membeli senapang Hawksaw yang dijual. Ianya lengkap dengan beberapa perks bertahap god-roll; justeru mulalah ketagihan saya kepada senapang pulse. Banyak juga jenis yang saya cuba. The Grasp of Malok, B29-Party Favor, The Clever Dragon, dan lain-lain.

Senapang jenama Trials, Blind Perdition, adalah senjata PvP yang paling saya gemari, sehingga Bungie sekali lagi nerf bagi perk peluru berkaliber tinggi. Itulah masa hati saya benar-benar menjadi salty.

WANTED: Peluru untuk Senapang Special

Fusion rifle: Plan C

Dulu pada tahun pertama Destiny, di mana apabila membunuh seseorang dalam perlawanan PvP akan mendapatkan special ammo, saya amat syok menggunakan senapang fusion. Masa yang diperlukan untuk mengecas sebelum melepaskan tembak adalah antara sebab kadar rate-of-fire yang agak lembab.

Tetapi kebolehan ia membakar hangus musuh saya dalam satu das tembakan adalah amat memuaskan. Senapang Plan C senang digunakan kerana ketepatan peluru yang tinggi dan masa yang amat cepat untuk mengecas bila bertukar senjata. Antara ini dengan senapang auto bullet-hose saya, jelajahan saya ke aktiviti PvP adalah amat seronok.

Apabila DLC House of Wolves tiba, game pula memberi pilihan untuk membuat reforging dan mendapatkan perks secara rawak kepada senjata. Ini menyebabkan Destiny mula dibanjiri dengan banyak gamers yang menggunakan senjata meta dengan god-roll yang sama. Antaranya adalah shotgun dengan perk shot package, sniper dengan perk final round, dan juga bermacam-jenis Mini Hawkmoon.

Trend ini berterusan sehingga DLC The Taken King. Lepas itu, saya masih kadang-kadang dibakar oleh Saladin’s Virgil atau Stellar Vestige dari sudut-sudut tertentu. Senjata ini mengajar saya bahawa senapang yang terbaik hanya ditentukan oleh gamer yang menggunakannya.

Sniper rifle: Black Hammer

Sniper dari raid Crota’s End mempunyai perk menarik yang boleh membantu mengurangkan pembaziran ammo dan masa untuk reload. Dengan ini, saya boleh hardscope berhari-hari pada kaki labah-labah tank Fallen selagi tidak terlepas sasaran kritikal.

Selain dari senapang Ice breaker, tabiat melengkapkan diri dengan sniper ini dalam PvE adalah banyak disokong oleh campers bertarung dalam boss fights, gamer yang suka mencari sudut-sudut glitching, dan siapa-siapa lagi dalam jarak sasaran tempat musuh keluar dari loot cave. Senjata ini mengajar saya memastikan setiap das tembakan perlu dikira tepat.

Di mana dulunya roket adalah raja di pertarungan PvE, banyak update terbaru telah membuat senapang sniper sebagai senjata utama untuk menetang musuh boss di misi-misi Strikes dan Raid. Tetapi tidak semua gamers dapat membiasakan diri dengan pembaharuan ini. Ada yang agak setia kepada senapang shotgun. Saya telah banyak menyaksikan gamers dalam pasukan sama bergaduh sesama sendiri oleh sebab dalam kalangan mereka enggan membeli sniper 1000-Yard Stare dari penjual di Tower.

Shotgun: Conspiracy-D Theory

Guardians dengan kemahiran menggunakan sniper pada tahap kompetitif adalah amat dialu-alukan setelah tibanya aktiviti Trials of Osiris. Sejak itu, saya belajar menjauhkan diri dari lorong-lorong sniping dan cara menolak rakan dari tempat terbuka selepas menghidupkan mereka kembali (tetapi kerap juga saya tersilap dan ditembak mati oleh sniper yang sama).

Saya masih belum cukup belajar untuk menjadi seorang sniper yang baik. Sebaliknya, saya melengkapkan diri dengan senapang shotgun Conspiracy-D Theory, bergerak mengikut kumpulan, dan mengambil kesempatan apabila bertempur di persekitaran yang sempit.

Senapang shotgun dengan keupayaan one-hit kills kerap menjadi faktor yang menyakitkan hati dan kepala dalam Destiny. Adanya gamers yang bergerak pantas sebelum menerkam mangsa secara jumpshot atau slideshot sampai mati, dan kemudian melarikan diri untuk mencari gamer lain. Campers pula menyembunyikan diri di sudut tepi atau di sebelah pintu untuk mengejutkan orang yang tidak sedar. Itulah sebab saya selalu memastikan semua watak Guardian saya dilengkapi dengan dua bom tangan.

Senjata ini mengajar saya untuk menjadi lebih berwaspada kepada persekitaran saya. Apabila Bungie membuat nerf tebesar kepada peluru special dalam PvP barulah gejala luasan senapang-senapang Matador 64 dan Party Crasher +1 menjadi kurang optimum untuk digunakan. Justeru tiba pula kebangkitan penggunaan pistol sidearm.

Sidearm: Havoc Pigeon

Pistol sidearm agak mengelirukan bila saya mula-mula mencubanya selepas update DLC House of Wolves. Senjata ini amat berbeza dari segi penggunaan dan ciri statistik apabila dibandingkan dengan senapang shotgun yang berleluasa di PvP. RoF yang lebih tinggi, kestabilan dan masa reload yang hampir maksimum, serta kesan impact yang amat kecil. Walau bagaimanapun, saya amat menyukai sidearm oleh sebab ia sentiasa menyediakan ammo dalam klip pistol selepas respawn balik di medan pertempuran.

Saya mula-mula bereksperimen dengan sidearm Havoc Pigeon dan menjumpai jarak yang terbaik untuk sentiasa mengenakan das tembakan yang berterusan kepada sasaran yang sentiasa bergerak (terutamanya shotgunner yang bergegas). Perk yang ada pada sidearm saya bukannya memberi faedah terbaik dan saya tidak seberapa biasa dengan RoF yang begitu tinggi.

Akhirnya, saya bukan sahaja mantap menggunakan pistol sidearm, saya sangat menyukainya. Senjata ini mengajar saya menjangka pergerakkan gamer yang serbu menyerang dan perlu bergerak pantas. Saya juga mengumpul bermacam-macam jenis pistol sidearm; Vestian Dynasty, Jabberhakke-D, The Wormwood, etc. Jika koleksi senapang pulse memenuhi ruang simpanan vault saya, maka koleksi pistol sidearm pula memenuhi slot-slot inventori watak Guardian saya.

Senjata Heavy Siap Sedia

Rocket: Hunger of Crota

Destiny 2 akan mempunyai beberapa ciri in-game yang menggalakkan gamers berkumpul untuk mana-mana aktiviti, tetapi Destiny 1 sudah lama bergantung kepada pelbagai laman web looking-for-group (LFG). Pasukan untuk membuat misi raid sering hanya meminta gamers yang memiliki lengkapan senjata-senjata tertentu untuk meringankan cabaran speedrunning. Senjata paling popular yang diutamakan adalah roket Gjallarhorn, ataupun saudaranya yang terdekat bertahap legenda, Hunger of Crota.

Roket Hunger of Crota adalah satu masalah teka-teki. Ianya hanya boleh didapati dalam misi raid. Tetapi kebanyakan kumpulan LFG hanya menerima gamers yang sudah dilengkapi rocket tersebut. Roket utama saya pada masa itu adalah Admonisher III. Ia mempunyai perk peluru berpandu yang telah banyak membantu saya, tetapi ada yang berpendapat ianya tidak cukup menarik. Akhirnya saya juga dapat menjumpai pasukan fireteam yang sudi membawa saya.

Walau bagaimanapun, hanya selepas saya mendapat roket Gjallarhorn dan waktu jangka masa yang teramat lama barulah roket legenda ini tiba di tangan saya. Senjata ini mengajar saya untuk tidak memberi tumpuan terlalu banyak kepada kumpulan LFG dengan keperluan yang terlalu khusus.

Machine gun: Baron’s Ambition

King’s Fall banyak dikenali sebagai raid yang mematahkan hubungan persahabatan oleh sebab tahap kesusahan yang amat tinggi. Strategi rocket yang biasa digunakan untuk waktu serangan serentak boss fight (DPS) telah diganti dengan senjata yang mengutamakan tembakan kritikal seperti sniper dan machine gun. Malangnya, saya tidak dapat melengkapkan diri dengan dua senjata eksotik. Terpaksalah saya mencari pengganti machine gun thunderlord.

Terdapat banyak perk untuk pelbagai jenis senapang, asalkan dapat satu set paling elok mengikut playstyle sendiri. Asalnya Baron’s Ambition adalah machine gun yang saya utamakan untuk PvP tetapi dibawa juga untuk susunan lengkapan PvE.

Walaupun ramai menyatakan bahawa jarak kesan tembakan patut lebih diutamakan, saya lebih menyukai machine gun ini oleh sebab ia boleh reload dengan pantas. Agak seronok juga dapat menyiram peluru kepada musuh-musuh kecil dan masih sempat reload untuk bersambung lagi. Senjata ini mengajar saya bahawa perk yang baik dan senapang yang baik elok seimbang.

Sword: Dark Drinker

Selain pertarungan sesama rakan, saya tidak menggunakan pedang dalam PvP oleh sebab saya tidak selalu berdekatan dengan peluru heavy ammo sewaktu ia muncul. Pedang tahap legenda adalah agak senang didapati selagi boleh menyelesaikan misi jalan cerita destiny. Pedang tahap eksotik adalah lebih berkuasa dan mempunyai ciri-ciri yang unik.

Pedang eksotik juga agak memerlukan masa yang lama demi mengumpul bahan-bahan keperluan tetapi ia cukup berbaloi. Setiap watak Guardian hanya boleh memilih satu jenis pedang.

Dark Drinker adalah pedang yang paling banyak dikenangi oleh sebab saya tersilap memilih untuk watak Titan. Sebahagian dari keperluan untuk membina pedang tersebut adalah untuk membunuh musuh dengan kuasa elemen Void. Malangnya, Titans tidak mempunyai banyak kuasa Void secara ofensif. Ini menjadikan misi saya sangat lama untuk diselesaikan.

Walau bagaimanapun, Dark Drinker menjadi pedang yang paling berguna dalam dua misi raid kegemaran saya. Senjata ini mengajar saya supaya tidak memperkecilkan kesilapan saya.

Penghargaan Khas

Antara kesemua senjata yang saya telah dikumpul dan disimpan dalam ruang simpanan, ada juga beberapa yang teringan saya boleh membawa bersama ke Destiny 2.

No Land Beyond

Senapang No Land Beyond adalah yang paling banyak digunakan semata-mata untuk tujuan berlawak dengan rakan gamers. Banyak kali dalam perlawanan tertutup secara custom melibatkan NLB oleh sebab tidak ramai Guardians yang boleh dikatakan pandai menggunakannya. Justeru kami banyak membuat persaingan secara rawak. Dengan cara playstyle saya, agak tidak mungkin saya akan menjadi pro pada bila-bila masa terdekat, tetapi mana-mana senapang yang boleh dimain dengan seronok elok disimpan.

Bad Juju

Ini adalah senapang eksotik pertama saya. Pada tahun pertama game Destiny, cara untuk mendapatkan Bad Juju adalah melalui misi yang membabitkan bahagian PvE dan PvP. Dengan perk yang menaikkan kuasa super dengan cepat bagi setiap kill dan peluru yang auto-refill dalam klip, inilah senapang saya selalu pilih untuk misi Strikes dan apabila mencari bahan sumber untuk menaik taraf senapang-senapang lain. Ia juga pernah berkhidmat dalam pelbagai acara Crucible di waktu seketika apabila senapang pulse adalah senjata meta.

Dengan cahaya Traveller semakin pudar dan kuasa Guardians tersangkut dalam game Destiny 2, kebolehan senapang ini amat diperlukan.

Thorn

Mengikut cerita Destiny 2, kumpulan tentera Cabal telah mengambil alih bandaraya The Last City dan menyebabkan manusia menjadi pelarian di planet mereka sendiri. Jika watak Guardian saya hanya dapat membawa satu senjata sahaja pada dirinya, saya memilih pistol Thorn. Salah satu pistol yang paling kejam dalam Destiny, saya masih ingat waktu saya menggunakannya dalam aktiviti Prison of Elders. Salah satu cabaran adalah untuk bertarung dengan Cabal.

Cabal mempunyai perisai yang keras dan ianya sering agak sukar untuk menumpu perhatian untuk menembak secara kritikal apabila saya perlu sentiasa bergerak untuk mengelak hentaman serangan. Pistol Thorn mempunyai kuasa meresap nyawa (DoT) untuk setiap das peluru. Sering kali saya bersantai dan reload balik pistol sambil menunggu pihak lawan saya mati sedangkan mereka cuba melarikan diri. Walaupun populariti pistol semakin berkurangan, ianya masih satu senjata yang kuat apabila dipakai dengan betul.

Sebagai mana-mana Guardian yang telah setia bermain selama tiga tahun berturut-turut, saya banyak menerima, menjumpai, dan membuangkan banyak senjata. Tetapi banyak juga disimpan untuk kenangan sebagai barangan koleksi. Bagi saya, senjata-senjata game yang saya kumpul bukan sahaja loot drops yang boleh bersaing dengan bilik harta karun ratu Awoken. Setiap satunya adalah alat yang mengajar saya cara memainkan game Destiny.

Destiny 2 akan menjadi satu lagi perjalanan baru yang akan datang. Harap-harap mereka menyediakan ruang simpanan yang cukup besar untuk saya.

JomBaca: Barangan Eksklusif Destiny 2 Diketahui Dengan Lebih Lanjut, Sniper Exotic Yang Boleh Bertukar Tiga Element!

JomKomen!