Kembalinya jenama legenda ini!
Mad Catz yang telah bangkrap pada Mac 2017 kini sudah kembali!
Syarikat tersebut yang kini dikenali sebagai Mad Catz Global Limited kini berpangkalan di Kowloon, Hong Kong telah mengumumkan barisan produk-produk baru mereka.
Mad Catz akan tampil di Consumer Electronics Show (CES) minggu hadapan dengan peranti-peranti PC gaming: gaming mouse RAT, keyboard STRIKE, gaming headset FREQ dan gaming surfaces GLIDE.
Bagaimanapun, Mad Catz tidak mengumumkan sebarang fight stick baru di dalam pengumuman yang sama. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut daripada Mad Catz.
Comments
Loading…