Nak kalahkan PlayStation dan Xbox katanya. Boleh ke?

Ian Bell, CEO Slightly Mad Studios telah mengumumkan syarikatnya sedang membangunkan Mad Box – sebuah konsol video game baru bagi menandingi PlayStation dan Xbox.

Di dalam kicauan Twitter beliau, Bell telah kongsikan beberapa gambar sebuah perkakasan menyerupai mini-PC, dengan rekaan unik berbentuk M dan logo Slightly Mad Studios terukir di bahagian tepi.

Bahagian dalaman konsol ini telah dikaburkan kerana ianya masih dalam pembangunan, bagaimanapun Bell berkata ianya akan:

– ringan dan boleh dibawa ke mana sahaja dengan pemegang di bahagian atas
– konsol Mad Box boleh berkomunikasi dengan konsol Mad Box lain tanpa menggunakan kabel
– konsol paling berkuasa – setanding PC berkuasa tinggi yang akan dihasilkan 2 tahun dari sekarang!
– menyokong pelbagai jenis headset VR dengan sokongan 90FPS untuk satu mata bagi permainan VR
– menyokong paparan 4K

Wow. Hebat sangat ni.

Harga dan tarikh pelancaran masih belum diumumkan tapi Bell berkata Mad Box akan mula dipasarkan dalam tempoh masa 3 tahun lagi dengan harga yang boleh menandingi harga konsol akan datang.

#BetulKeBohong? Sama-sama kita tunggu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.