Kita semua tentunya bersetuju bahawa apa yang telah disajikan Henry Cavill sebagai Geralt of Rivia dalam siri The Witcher terbitan Netflix adalah memuaskan.
Namun, pernah tak kita terfikir sekiranya watak ikonik itu dibawakan oleh seorang lagi pelakon hebat?
Seorang artis 3D, Wonki Cho telah membuat satu ilustrasi yang mengagumkan, mengimaginasikan Mads Mikkelsen pula yang membintangi The Witcher sebagai Geralt. Rekaan-rekaannya telah dikongsikan di Reddit, atau boleh lihatnya di bawah:
Kagum bukan dengan ilustrasi ini? Sememangnya hasil kerja yang berkualiti.
Dalam berita The Witcher yang lain, musim kedua di Netflix itu dilaporkan akan menampilkan Wild Hunt, salah satu kumpulan yang paling ditakuti dalam dunia The Witcher.
Comments
Loading…