Activision telahpun mengeluarkan sesi beta untuk Call of Duty Mobile. Namun, pada ketika artikel ini ditulis, sesi beta ini hanya dikeluarkan di India, dan hanya boleh diakses oleh mereka yang mendapat jemputan.

Walaupun versi ini masih belum boleh dimainkan di Play Store untuk pasaran Malaysia, tapi ada caranya untuk korang akses game ini sekarang. Macam mana? Ini langkah-langkah untuk mainkannya di Android!

1. Muat turun Call of Duty Mobile APK dari APK Mirror melalui pautan ini.
2. Tekan pautan ini untuk muat turun fail OBB yang diperlukan untuk mainkan game ini.
3. Selepas muat turun kedua-dua fail ini, unzip fail yang kedua itu, dan ekstrak ke folder “Android/obb”
4. Install Call of Duty Mobile APK yang dimuat turun di langkah pertama.
5. Muat turun mana-mana aplikasi VPN di Play Store dan pilih negara India agar korang boleh mengakses server Call of Duty Mobile.

Sebelum mainkan, korang kena ingat bahawa ini merupakan versi beta dan segala progress yang korang peroleh dari versi ini tidak akan dibawa apabila game penuhnya dilancarkan kelak.

Selamat mencuba!

JomKomen!