in , ,

Macam Ini Rupanya Kalau Zelda: Breath of the Wild Dibikin Untuk Game Boy Colour

Sesetengah daripada kita, Game Boy Color mungkin merupakan game handheld pertama yang pernah dimainkan dalam hidup. Dan pernah tak kita terbayang kalau game-game masakini, dibikin dan dilancarkan untuk Game Boy Color?

The Legend of Zelda: Breath of the Wild merupakan antara game terbaik untuk generasi masakini yang dilancarkan untuk Nintendo Switch. Seorang pengguna Twitter, @ncxaesthetic, telah mencipta satu artwork yang kononnya memaparkan menu utama The Legend of Zelda: Breath of the Wild sekiranya ia dibikin untuk Game Boy Color.

Kita boleh lihat di bawah, bagaimana kita tidak perlukan gambar yang terlalu cantik dengan resolusi 4K apa bagai, tapi cukup dengan mengimbau nostalgia seperti ini mampu membuatkan kita tenang.

 

Ini bukan kali pertama seseorang mencipta sesuatu bertemakan 8-bit untuk The Legend of Zelda: Breath of the Wild. Ada satu video yang pernah dimuatnaik pada tahun 2018 di channel Youtube Nintendo Wire, membikin semula gameplay untuk game ini sekiranya ia dilancarkan pada era akhir 1990-an untuk Game Boy Color.

Jom layan:

Rasa macam betul-betul nak main The Legend of Zelda: Breath of the Wild di Game Boy Color, bukan?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Penulis Siri TV The Last of Us Di HBO Dedahkan 20 Game Kegemarannya

Battle Royale Call of Duty Dilancarkan Pada Hari Ini, Percuma Untuk Semua Pemain

Battle Royale Call of Duty Dilancarkan Pada Hari Ini, Percuma Untuk Semua Pemain