Seperti generasi-generasi sebelum ini, Sony biasanya akan mengeluarkan PlayStation yang baharu hanya selepas PlayStation sedia ada sudah berusia sekurang-kurangnya tujuh tahun.
Misalnya, PS3 dilancarkan pada 2006, PS4 pada 2013 dan PS5 pada 2020.
Terkini, Sony telah menyatakan bahawa PlayStation 6, atau PlayStation seterusnya, tidak akan dilancarkan sebelum 2027.
Perkara ini dinyatakan Sony dalam dokumen (lapor Eurogamer) penentangan Sony terhadap pengambil-alihan Activision Blizzard oleh Microsoft.
Dalam dokumen itu, Sony mendakwa yang francais Call of Duty kemungkinan besar akan meninggalkan PlayStation (kemudian eksklusif Xbox) pada tahun 2027, sekaligus membuatkan PlayStation generasi seterusnya tidak akan mampu bersaing dengan Xbox.
Tolak tepi dulu perbahalan antara Sony dengan Microsoft tentang Call of Duty. Sony secara tak langsung telah menyatakan yang mereka merancang untuk keluarkan PlayStation 6 seawal tahun 2027 — sesuatu yang tidak mengejutkan memandangkan PS5 dikeluarkan pada 2020 jika formula putaran tujuh tahun itu diambil kira.
Jadi, tahun 2027 baru stok PS5 ada dekat kedai ke macam mana?
Comments
Loading…