Awal hari ini, kitaorang ada melaporkan bahawa Rockstar telah menunjukkan video terbaru bagi Grand Theft Auto VI. Ternyata, setelah kitorang check dengan lebih teliti, channel RockstarGamesBETA adalah fake channel, sekaligus membuatkan video tersebut juga adalah fake. So sad!
Penulis sendiri secara peribadi memohon maaf atas kesilapan ini.
Pertama sekali, bukan Penulis sama sekali tidak membuat semakan dahulu sama ada channel tersebut adalah channel rasmi atau tidak. Penulis semestinya telah membuat semakan terlebih dahulu dan percaya channel tersebut adalah ‘official’.
Jika dilihat, di ‘About’ channel tersebut ada menyebut “The official home of Rockstar Games on YouTube”.
Jika dilihat kepada screenshot di atas juga, Featured Channels account tersebut juga meletakkan channel-channel official dari Rockstar. Sekilas pandang, memang kelihatan seperti channel official Rockstar yang penulis lawati selama ini!
Lebih-lebih lagi, sebagai peminat GTA sejak di era PS2, apabila telah melihat graphics video yang sangat ohsem itu, membuatkan Penulis tak sabar untuk share dengan korang!
Dengan graphic yang sangat cantik, elemen-elemen yang nampak dekat dengan siri GTA serta font diakhir video yang nampak sangat official membuat Penulis benar-benar percaya. Kudos to the video maker(s) kerana berjaya buat teaser fake yang benar-benar buat Penulis hype!
Setelah semakan di channel Youtube rasmi Rockstar Games, ternyata RockstarGamesBETA tidak tersenarai dalam Featured Channels diorang.
Kemudian, setelah menerima komen dari pembaca-pembaca, kitorang telah membuat penelitian dengan lebih mendalam. GTA VI tidak akan keluar sehingga 2018, dan ada sumber juga mengatakan ia tidak akan keluar sehingga 2020. Penulis ucap terima kasih kepada pembaca-pembaca kerana sudi menegur. Siapalah kitorang tanpa korang…
Sekali lagi Penulis secara peribadi ingin memohon maaf atas kekhilafan ini. Kitorang di JomGaming.my sama sekali tiada niat untuk memperbesarkan ‘rumours’ ini bagi meraih views yang tinggi di site kitorang. Kitorang memang dan akan sentiasa melakukan semakan dahulu sebelum melaporkan sesuatu, dan pada hari ini, lumrah sebagai seorang manusia tidak dapat dielakkan.
Comments
Loading…