Bagi yang mengenali penulis, tahulah mereka bagaimana penulis cukup mengagumi karya-karya Berduu — seorang jurugambar dalam game/screenshoter yang sungguh berbakat.
Terbaharu, Berduu telah memuat-naik album baharu, apa lagi kalau bukan hasil tangkapan yang berjaya diperolehinya dalam Cyberpunk 2077. Tak perlulah kami tampalkan gambar-gambar tersebut di sini, sebaliknya korang boleh terus lihatnya sendiri di profile flickr milik Berduu.
Tentunya, hasil tangkapan Cyberpunk 2077 ini beliau ambil menggunakan PC dengan settings yang tertinggi. Grafik di konsol, terutamanya konsol asas PS4 dan Xbox One, pastinya tidak akan mampu menyajikan visual secantik ini.
JomBaca: Video Trailer Lucu Ini Mengumpulkan Bermacam Glitch Yang Ada Dalam Cyberpunk 2077
Selain Cyberpunk 2077, antara tangkapan terbaharu Berduu termasuklah Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, Ghost of Tsushima, Watch Dogs: Legion dan banyak lagi. Korang boleh lihatnya sendiri di sini.
Comments
Loading…