FIFA? PES? Apa itu?
Manga dan anime popular yang berkisar tentang bola sepak, Captain Tsubasa akan diadaptasi menjadi sebuah game yang akan dilancarkan ke platform gaming generasi masakini.
Diterbitkan oleh Bandai Namco, Captain Tsubasa: Rise of New Champions telah diumumkan untuk PS4, Switch dan PC (Steam). Tiada tarikh pelancaran tepat didedahkan, namun mereka mengatakan yang ia akan hadir pada tahun ini.
Game ini diumumkan melalui satu video trailer yang korang boleh tonton di bawah. Tidak banyak yang boleh kita pelajari daripada trailer ini kerana kekurangan paparan gameplay, sebaliknya hanya memperlihatkan banyak aksi sinematik sahaja.
Comments
Loading…