in , , , , ,

Lovers In A Dangerous Spacetime: Game Tembak-Tembak Alien Yang Comel!

lovers-in-a-dangerous-spacetimes-001

Nak main game tembak-tembak makhluk asing yang comel-comel cute gitu? Jom kita tengok game apa yang penulis maksudkan.

Lovers In A Dangerous Spacetime game dari developer Asteroid Base Inc. akan berada di pasaran pada 9 Februari 2016.

Game berkonsepkan couch co-op adventure ini akan berada di PC, Linux, PlayStation 4 dan juga XBox One.

lovers-in-a-dangerous-spacetimes-003

Di dalam game ini korang akan mengawal kapal angkasa korang, tetapi di dalam kapal tersebut terdapat beberapa bahagian yang korang perlu kawal, bahagian enjin, bahagian senjata dan bermacam-macam lagi.

lovers-in-a-dangerous-spacetimes-006

Tugas korang mudah, pastikan kapal angkasa korang selamat dari serangan makhluk-makhluk asing yang akan menyerang kapal korang. Dan misi utama ialah menyelamatkan haiwan-haiwan yang telah di tangkap antaranya arnab, musang, itik dan juga katak.

Jom kita tengok trailer untuk game Lovers In A Dangerous Spacetime:

Nampak comel dan menarik kan. So pada sapa yang berminat, boleh la standby duit korang untuk bulan Februari nanti.

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Global Game Jam 2016: Bikin Game dan Bikin Havoc Bermula!

Pixel Piracy: Jom Jadik Lanun, Kita Tawan Lautan!