Sony Interactive Entertainment baru hanya mengacah para peminat dengan logo PlayStation 5 sahaja, tapi sudah mula memecahkan rekod yang agak menarik.
Menurut pemerhatian yang dilakukan oleh VideoGamesChronicle, gambar yang mendedahkan logo PS5 yang dimuat-naik di akaun Instagram rasmi PlayStation merupakan gambar paling banyak ‘like’ di platform media sosial yang pernah dimuat-naik oleh mana-mana syarikat gaming.
Ketika artikel ini ditulis, gambar tersebut berjaya mengumpulkan lebih daripada 5 juta like dan 142 ribu komen.
Data ini bukanlah datang daripada pendedahan rasmi Instagram, namun cara data ini dikumpul bolehlah dikatakan boleh dipercayai. Kaji selidik mengambil 20 akaun Instagram syarkat gaming paling besar, dan tidak termasuk mana-mana akaun individu yang popular (influencer) dalam industri ini.
Sebagai perbandingan, gambar kedua tertinggi yang berada di belakang gambar logo PS5 ini ialah pengumuman crossover antara Fortnite dengan Avengers yang dimuat-naik akaun Fortnite pada 22 April 2019. Gambar ini mengumpulkan lebih 2.6 juta ‘like’ dan 59 ribu komen.
Pesaing PS5, Xbox One X semasa mendedahkan nama rasminya hanya mengumpulkan ‘like’ yang kurang daripada 1 juta. Pendedahan FIFA 20 dan FIFA 19 pula masing-masing memperoleh 1.5 juta dan 1.1 juta ‘like’.
PS5 akan dilancarkan pada hujung tahun ini.
Comments
Loading…