in ,

Livestream State of Play Seterusnya Dari PlayStation Diumumkan Bakal Berlangsung Selasa Ini

Sony PlayStation akan menutup tahun ini dengan livestream terakhir State of Play.

Sony menyatakan yang livestream tersebut akan berlangsung selama kira-kira 20 minit yang bakal mendedahkan beberapa game baru, pengumuman tarikh pelancaran dan gameplay baru.

Livestream ini akan berlangsung pada 10 Disember ini, Selasa, 10 malam (waktu Malaysia). Boleh ditonton di channel rasmi PlayStation melalui Twitch dan YouTube.

Dalam State of Play sebelum ini, Sony telah mendedahkan tarikh pelancaran untuk The Last of Us Part II yang pada asalnya dijadualkan dilancarkan pada Februari 2020, sebelum ia ditunda lagi ke Mei 2020.

Dalam State of Play yang seterusnya ini, tidak pasti sama ada apa-apa pendedahan besar akan dilakukan ataupun tidak kerana beberapa hari selepas itu pula The Game Awards 2019 bakal berlangsung.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Metacritic Dedahkan Markah Reviu Game Paling Tinggi Dalam Dekad Ini (2010-2019)

Metacritic Dedahkan Markah Reviu Game Paling Tinggi Dalam Dekad Ini (2010-2019)

Babak Eksklusif Star Wars: The Rise of Skywalker Akan Dipaparkan Dalam Fortnite Pada Minggu Hadapan

Babak Eksklusif Star Wars: The Rise of Skywalker Akan Dipaparkan Dalam Fortnite Pada Minggu Hadapan