PES 2019 juga akan go big pada E3 kali ini!
Agak janggal apabila Konami pada tahun ini akan memfokuskan siri PES semasa acara E3 kerana kebiasaannya, siri ini akan lebih fokus semasa acara Gamescom yang bakal berlangsung pada bulan Ogos.
Konami telah mengumumkan tiga livestream yang bakal mereka adakan semasa E3 2018 yang akan memperlihatkan PES 2019 buat kali pertama. Di bawah adalah tarikh dan masa livestream tersebut mengikut waktu Malaysia:
- 13 Jun, 3 pagi
- 14 Jun, 3 pagi
- 15 Jun, 2 pagi
Dua livestream pertama akan dilakukan dalam bahasa Inggeris, manakala livestream ketiga adalah persembahan penutup. Kata Konami, mereka “mungkin akan memperlihatkan gameplay PES 2019”.
Semua livestream ini boleh korang saksikan melalui platform-platform di bawah:
Some #E32018 news! We’ll be having two English livestreams on 12th and 13th. On 14th, a wrap up show. You might even see some #PES2019 gameplay! 😉
Ways to watch 👇
1️⃣ https://t.co/1DGPbEmKkE
2️⃣ https://t.co/Rm5MFfdcHP
3️⃣ https://t.co/lhwwENsxbN pic.twitter.com/c5j2UcXDQF— eFootball PES (@officialpes) June 8, 2018
PES 2019 akan dilancarkan pada 30 Ogos ini di PC, PS4 dan Xbox One.
JomBaca: Selepas Dortmund Batalkan Kerjasama, PES 2019 Tandatangan Kerjasama Bersama Schalke 04
PRE-ORDER PRO EVOLUTION SOCCER 2019
Deposit RM50 SAHAJA
FREE exclusive T-SHIRT PES2019 — Pre-order terus ke Facebook YC Games Station (Kuala Lumpur) & Kuppy Station (Terengganu)
Comments
Loading…