Mana pemain hardcore Battlefield yang lain?
Sesi closed alpha untuk Battlefield V sedang rancak dimainkan oleh pelbagai media, streamer dan Youtuber sekarang. Bagi merancakkan lagi para peminat untuk menonton versi closed alpha ini, EA dan DICE akan mengadakan satu sesi livestream istimewa, membawakan pelbagai streamer dan Youtuber popular.
Sesi livestream ini akan diadakan pada 4 Julai ini, pukul 2 pagi (waktu Malaysia). Siapakah yang mewarnai livestream ini? Korang boleh saksikannya di bawah:
Melihat barisan pemain yang akan menyertai livestream ini, kebanyakannya kita kenali mereka sebagai streamer dan Youtuber yang popular dengan Fortnite. Dan para peminat tegar Battlefield telah mula mempersoalkan, di mana para streamer dan Youtuber veteran yang dari dulu menyokong siri Battlefield ini? Di mana LevelCap, JackFrags, XFactor, Matimio, Westie dan ramai lagi?
https://twitter.com/Asyraaf__/status/1013657804173799424
https://twitter.com/NCOW001/status/1013629524095971328
https://twitter.com/JrMM3/status/1013641384417374208
https://twitter.com/XBX4LFE/status/1013666754290044930
Battlefield V akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 19 Oktober nanti.
JomBaca: “Kalau Tak Suka Wanita Dalam Battlefield V, Tak Payah Beli” – Tegas CEO EA
Comments
Loading…