in ,

Lionsgate Berminat Hasilkan Adaptasi Game AAA John Wick

Walaupun John Wick masih mempunyai dua buah filem akan datang, Lionsgate berminat untuk menghasilkan adaptasi video game “triple A” dari francais tersebut.

CEO Lionsgate, Jon Feltheimer mengatakan syarikat itu sudah membincangkan cadangan untuk adaptasi video game. Namun tiada perancangan yang kukuh ditetapkan buat masa sekarang.

Mengikut laporan IndieWire, jika Lionsgate memberi lampu hijau untuk projek tersebut, ia akan menjadi kali pertama francais filem aksi itu diadaptasi ke video game AAA.

Sebelum ini, Bithell Games sudah menghasilkan John Wick Hex, sebuah game strategi berdasarkan francais tersebut. Walau bagaimanapun, Lionsgate mensasarkan bajet yang lebih besar untuk game AAA yang mereka rancang itu.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Atomic Heart: Game Shooter Zaman Utopia Tapi Senjata WW2

Netflix Umum 2 Projek Adaptasi Gears of War – Filem Live-Action, Siri Animasi