in , , ,

Lionel Messi Masih Lagi Pemain Rating Tertinggi Dalam FIFA 21

Saban tahun, menjelang pelancaran siri game FIFA, EA Sports akan mendedahkan senarai 100 pemain dengan rating tertinggi dalam francais game bola sepak popular itu.

Terkini, kurang daripada sebulan sebelum pelancaran FIFA 21, mereka telah mendedahkannya di laman web rasmi. Sama ada mengejutkan ataupun tidak, bergantung kepada perspektif bola sepak korang sendiri, Lionel Messi masih lagi menjadi pemain dengan rating paling tinggi dalam FIFA 21, iaitu rating setinggi 93.

Melihat kepada seranai 10 pemain dengan rating tertinggi, ia juga tidak mengejutkan. Ianya seperti berikut:

  1. Lionel Messi, FC Barcelona (93)
  2. Cristiano Ronaldo, Piemonte Calcio (92)
  3. Robert Lewandowski, Bayern Munich (91)
  4. Kevin De Bruyne, Manchester City (91)
  5. Neymar Jr., Paris Saint-Germain (91)
  6. Jan Oblak, Atletico de Madrid (91)
  7. Virgil van Dijk, Liverpool (90)
  8. Kylian Mbappé, Paris Saint-Germain (90)
  9. Mohamed Salah, Liverpool (90)
  10. Sadio Mané, Liverpool (90)

Korang boleh lihat sendiri 100 pemain dengan rating tertinggi dalam FIFA 21 di laman web rasmi EA Sports.

FIFA 21 akan dilancarkan pada 9 Oktober 2020 untuk PC, PS4 dan Xbox One, serta akan dikeluarkan pula untuk PS5 dan Xbox Series apabila konsol itu mula berada di pasaran.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Rainbow Six Siege Umumkan Naiktaraf Percuma Ke PS5/Xbox Series X, Sasarkan 4K/120fps

Rainbow Six Siege Umumkan Naiktaraf Percuma Ke PS5/Xbox Series X, Sasarkan 4K/120fps

Harga Dan Tarikh Pelancaran Xbox Series X Diumumkan, Boleh Bayar Ansuran Secara Bulanan

Kedai Tempatan Menjual Xbox Series S Pada Harga RM1,499, Series X Pula RM2,199