in , , , ,

Linus Sebastian Dari LinusTechTips Berfikir Untuk Bersara Dari YouTube!

Hero bagi kita semua yang pernah belajar membina PC dulu, kini berhadapan dengan dilema antara kerjaya vs keluarga, antara prinsip berjimat-cermat vs menjadi agenda consumerism (pembelian barangan/servis yang melebihi keperluan).

Linus Sebastian, YouTuber tersohor di kalangan penggiat PC dan barangan tech telah mengumumkan keinginan beliau untuk bersara.

Selepas mengumumkan kejayaan channel LinusTechTips mencapai 10 juta subscriber, Linus menyatakan beliau mengalami tekanan angkara kejayaan tersebut. Bagaimana setiap kejayaan dalam channel tersebut serta dalam membangunkan Linus Media Group, syarikat medianya mengorbankan masa beliau bersama keluarga dan anak-anak.

Beliau turut membangkitkan isu anak-anak yang kelaparan di dunia, kesan-kesan terhadap alam sekitar angkara penggunaan plastik, perubahan cuaca melampau – yang apabila dibandingkan kepada permasalahan berkenaan prestasi FPS (frame per second) dalam hardware masakini kelihatan sangat tidak bermakna.

Beliau turut menceritakan kisah bagaimana beliau diingatkan tentang kematian apabila seorang peminat menemui ajal angkara Leukemia – lalu beliau mempersoalkan sekiranya beliau mati, adakah warisan beliau hanya menyumbang kepada consumerism (pembelian barangan/servis yang melebihi keperluan) sedangkan beliau sendiri seorang yang berjimat-cermat.

Di penghujung stream tersebut, Linus berkata, beliau akan terus menghasilkan video, tetapi dengan pendekatan berbeza, dan masa akan menentukan samada persaraan beliau akan menjadi kenyataan atau tidak.

Sebagai pengikut Linus dari zaman NCIX lagi, JomGaming berharap Linus akan menemui kebahagiaan dalam kerjaya dan keluarga. Korang pulak macam mana?

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Overcooked 2 Bawakan DLC Bertemakan Tahun Baru Cina, Ada Chef Tikus Di Dapur

Overcooked 2 Bawakan DLC Bertemakan Tahun Baru Cina, Ada Chef Tikus Di Dapur

Apex Legends Bersedia Untuk Season 4, Memperkenalkan Karakter, Senjata Baru, Perubahan Map

Apex Legends Bersedia Untuk Season 4, Memperkenalkan Karakter, Senjata Baru, Perubahan Map