in ,

Lihat Baju Besi Baharu Geralt Dalam Musim Kedua The Witcher Netflix

Hari ini, kita mendapat dua butiran baharu tentang musim kedua The Witcher di Netflix — iaitu penampilan baharu Geralt dan sinopsis untuk musim terbaharu itu.

Penampilan segak Geralt of Rivia dengan baju besi baharunya itu didedahkan sendiri oleh pelakonnya, Henry Cavill di Instagram. Kita dapat saksikan dua keping gambar baharu, sambil kapsyennya memetik satu petikan dari buku yang ditulis oleh Andrzej Sapkowski.

Kemudian, Netflix turut telah berkongsikan sinopsis untuk musim kedua ini, yang berbunyi:

“Yakin bahawa Yennefer telah terkorban semasa Battle of Sodden, Geralt of Rivia membawa Princess Cirilla ke tempat yang paling selamat dia tahu, tempat tinggal zaman kanak-kanaknya di Kaer Morhen. Dalam ketika raja-raja, elves, manusia dan demon inginkan keagungan di luar tembok, dia mesti melindungi gadis itu dari sesuatu yang jauh lebih berbahaya: kuasa sakti misteri yang dikuasainya dari dalam.”

Buat masa ini, musim kedua masih lagi dalam penggambaran, dan belum ada tarikh tayangan. Musim pertama boleh ditonton sekarang di Netflix yang mempunyai lapan episod.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Sony Lantik Hasnul Hadi Sebagai Ketua SIE Worldwide Studios Malaysia

Sony Lantik Hasnul Hadi Sebagai Ketua SIE Worldwide Studios Malaysia

Pembangunan Cyberpunk 2077 Sudah Siap, Sedia Untuk Dilancarkan

Pembangunan Cyberpunk 2077 Sudah Siap, Sedia Untuk Dilancarkan