Microsoft telah mempamerkan sesuatu yang agak istimewa.

Leonardo Del Castillo, Pengurus Besar Pembangunan Perkakasan Xbox memasang salah satu konsol Xbox One X yang baru didedahkan – daripada komponen motherboard sehinggalah ke komponen-kompenen yang lain di hadapan kamera sambil ditemani oleh Larry “Major Nelson” Hryb, Pengarah Program Xbox Live.

Del Castillo juga menjelaskan dengan baik apakah fungsi setiap komponen utama dan kenapa hanya beberapa pilihan reka bentuk telah dipilih. Terima kasih kepada beliau, kita dapat melihat dengan lebih mendalam apa yang ada di dalam konsol paling berkuasa yang pernah dihasilkan itu.

JomKomen!