Dalam PES 2019, semua kelab dari Serie A ditampilkan dengan nama rasmi, kecuali Juventus. Kemudian, nama dan logo Serie A itu sendiri tidak dibenarkan untuk diguna, sebaliknya hanya meletakkan ‘Italian League’.

Kini, untuk PES 2020, Konami baru sahaja mengumumkan bahawa Serie A akan mendapat lesen penuh — dibenarkan menggunakan nama rasmi dan logo Serie A, termasuklah kesemua kelab dalamnya akan dibawakan secara rasmi.

Semestinya, Juventus tidak ketinggalan kerana telahpun menjalin kerjasama eksklusif bersama Konami untuk PES 2020.

Walau bagaimanapun, peminat siri FIFA pula janganlah bimbang kerana penampilan Serie A dalam PES 2020 bukanlah eksklusif. Nama rasmi dan logo Serie A tetap akan digunakan dalam FIFA 20 serta kesemua nama rasmi kelab dalamnya — kecuali Juventus yang akan menggunakan nama Piemonte Calcio.

FIFA 20 akan dilancarkan pada 27 September 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

eFootball PES 2020 akan dilancarkan sepenuhnya pada 10 September 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

JomKomen!