Zaman penulis dulu, main pertanian dan perlombongan dalam Harvest Moon PS2 pun boleh ketagih tau.

Giant Software telah mengumumkan mereka akan mengadakan liga esports bagi game popular mereka – Farming Simulator, sebuah game di mana korang menjadi peladang/penternak Eropah/Amerika, menggerakkan jentera pertanian dan perladangan, mengurus haiwan-haiwan ternakan samada dalam mode single player dan multiplayer.

Liga Farming Simulator ini akan menganjurkan tournament di acara-acara seperti Gamescom daan Paris Games Week. Seperti liga esports yang lain, Liga Esports Farming Simulator ini juga akan menampilkan sistem mata liga dan hadiah-hadiah berkaitan.

Di kemuncak liga ini yang dinamakan FarmCon 2020, atlit-atlit esports dengan mata liga tertinggi akan bertanding bagi merebut Kejuaraan Farming Simulator dan hadiah tempat pertama bernilai USD110,000 (~RM455,587.00) yang ditaja jenama besar seperti Intel dan Logitech.

Mungkin sebab itu Logitech, jenama perkakasan gaming terkenal telah mengumumkan sistem perkakasan dan controller Logitech G Heavy Equipment Bundle yang menjanjikan pengalam pertanian/perladangan paling realistik dari meja gaming korang.

Menarik sungguh bagaimana game niche (pada mata kita) ini mampu mendapat tajaan dan sokongan jenama-jenama besar sehingga menjadi jenama esports sebegini. Penulis puji komuniti Farming Simulator kerana menjadikan game ini suatu fenomena di Eropah dan Amerika.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.