in , , , , , ,

Life is Strange: True Colors Diumumkan, Protagonis Berkuasa Melihat Emosi Orang Sekeliling

Seperti dijanjikan minggu lalu, Square Enix telah mengumumkan game terbaharu daripada siri popular Life is Strange.

Berjudul Life is Strange: True Colors, francais ini akan terus membawakan protagonis yang mempunyai kuasa luar biasa. Kali ini, Alex Chen, seorang wanita Asia-Amerika berusia 21 tahun akan memiliki kuasa yang mampu melihat emosi yang dirasai orang yang berada di sekelilingnya dalam bentuk warna.

Cerita bermula apabila Alex kembali bertemu dengan abangnya yang telah sekian lama terpisah. Namun, secara tiba-tiba, abangnya itu meninggal dunia disebabkan ‘kemalangan’. Menggunakan kuasa luar biasanya yang mampu ‘membaca’ emosi orang lain, Alex akan cuba menyiasat apakah sebenarnya yang berlaku kepada abangnya.

Korang boleh saksikan trailer pertamanya yang cukup menarik ini:

Satu perbezaan besar yang ditampilkan dalam True Colors adalah ia tidak akan dikeluarkan secara berepisod seperti mana game-game Life is Strange sebelum ini. Dalam kata lain, game ini akan terus dilancarkan sepenuhnya secara keseluruhan. Pemain berpeluang untuk menghabiskan game ini dengan sekali hadap, atau mainkannya secara perlahan mengikut bab-bab yang disediakan.

Selain Life is Strange: True Colors, Square Enix turut mendedahkan Life is Strange Remastered Collection, iaitu versi grafik tambahbaik yang mengumpulkan Life is Strange yang pertama dengan Life is Strange: Before the Storm.

Life is Strange Remastered Collection akan dijual secara berasingan serta akan turut dimasukkan ke dalam Life is Strange: True Colors Ultimate Edition.

Kedua-dua Life is Strange: True Colors dan Life is Strange Remastered Collection akan dilancarkan pada 10 September 2021 untuk PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series dan Stadia.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Memperkenalkan Controller VR Baru Untuk PS5 Yang Kelihatan (Dan Rasa) Futuristik

PlayStation Mengambil-Alih Evo, Kejohanan Game Fighting Terbesar Dunia