in , , , , ,

Life is Strange 2 Menceritakan Perjalanan Abang Dan Adik Yang Melarikan Diri Selepas Terbunuh Polis, Saksikan Trailer Ini

Kali ini, 2 teraju utama lelaki.

Selepas sentiasa berahsia tentang watak utama dan jalan cerita yang bakal dibawakan, akhirnya Dontnod mendedahkan info yang dinantikan ramai ini dalah satu video trailer terbaru Life is Strange 2.

Life is Strange 2 bakal mengisahkan perjalanan seorang abang, Sean Diaz, dan adik lelakinya, Daniel, dalam meneruskan kehidupan selepas berlaku satu tragedi. Dalam video yang dimuat-naik kita dapat melihat bagaimana Sean terpaksa membawa Daniel lari daripada kehidupan sebelumnya selepas Sean terbunuh seorang pegawai polis, iaitu pegawai polis yang diperlihatkan dalam trailer acah sebelum ini.

Daripada yang dapat kita lihat dalam trailer ini, Life is Strange 2 akan menyajikan kepada kita tema penceritaan yang memfokuskan kepada survival untuk hidup serta hubungan kekeluargaan antara dua adik-beradik lelaki ini.

Korang boleh tontonnya di bawah:

Life is Strange 2 akan menampilkan 5 episod, yang mana episod pertamanya akan dikeluarkan pada 27 September ini, untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tarikh Open Beta Battlefield V Diumumkan – 2 Game Mode, 2 Map Dan Tides of War!

PS5 Akan Dilancarkan Pada Akhir Tahun 2019, Tapi Dengan Satu Syarat Ini, Kata Penganalisis Jepun