Menantikan episod seterusnya dalam keluaran game berepisod adalah sangat menyeksakan untuk mereka yang amat teruja terhadap game itu.
Terbaru, Dontnod telah mendedahkan yang episod kedua untuk Life is Strange 2, yang diberi nama Episode 2: Rules, akan dikeluarkan pada Januari 2019. Walau bagaimanapun, mereka masih belum mengumumkan secara spesifik bilakah tarikh pelancarannya itu.
Dalam satu blog post yang dikeluarkan, Dontnod mengatakan yang mereka tidak mahu terburu-buru untuk game ini yang mampu membawa kepada kegagalan untuk mencapai sasaran kualiti dan impak emosi yang para pemain layak untuk rasai.
“Kami faham yang terdapat jangkaan yang episod-episod ini akan dilancarkan mengikut rentak seperti game-game Life is Strange sebelum ini. Cita-cita dalam Life is Strange 2, walau bagaimanapun, bermakna rangka kerja sebelum ini tidak lagi digunakan jika kami mahu mencapai kualiti permainan dan penceritaan yang visi kami sasarkan untuk sebuah game seperti ini perlukan dan yang kamu layak dapatkan.”
Episod pertama Life is Strange 2 telah dilancarkan pada 27 September lalu, dan korang boleh baca review kami di sini: Life is Strange 2: Episode 1 – Roads: Boleh Beli or Boleh Blah!?
Comments
Loading…