in ,

Levelcap, Veteran Youtuber Battlefield Bersuara Tentang Manipulasi Media Oleh EA

Electronic Arts (EA) dan kontroversi berpisah tiada. Kalau kontroversi gergasi pada tahun lalu berkaitan Star Wars Battlefront II masih tidak cukup, nampaknya EA telah didedahkan dengan satu lagi isu baru.

Kalau betullah korang pemain dan peminat kandungan-kandungan Youtube tentang siri Battlefield, pastinya Levelcap tidak asing lagi di bibir korang. Kini, Youtuber yang cukup popular ini telah mendedahkan suatu hal yang berkait tentang dirinya dan EA.

Beliau meluahkan rasa kecewanya kepada syarikat penerbitan gergasi itu tentang bagaimana beliau dilayan sebagai seorang pencipta kandungan video yang setia bersama siri Battlefield. Kata Levelcap, beliau kini sudah kira-kira setahun tidak mendapat jemputan untuk pergi ke acara-acara rakaman awal kandungan Battlefield baru – yang mana pada tahun-tahun sebelum ini, beliau sering dijemput untuk memberikan pandangan awal tentang satu-satu perkara berkaitan siri game ini.

Apa yang paling menyedihkan ialah apabila beliau yang telah 7 tahun menyokong dan mencipta kandungan video untuk siri Battlefield, masih dinafikan pengaruhnya dalam komuniti ini. Nampaknya 7 tahun masih belum cukup untuk menambat hati EA.

Saluran Youtube beliau, LevelCapGaming kini memiliki 1.8 juta subscribers, iaitu salah seorang Youtuber yang fokus kepada kandungan Battlefield paling popular.

Pastinya keputusan EA untuk melakukan perkara ini ada sebabnya. Menurut Levelcap, beliau tidak djemput lagi ke acara-acara sebegitu kerana pandangan beliau yang lebih kritikal – atau dalam bahasa kita, bukan “kaki kipas” EA.

Dalam satu tweet yang dikeluarkan, Levelcap menyatakan yang beliau sudah naik muak dengan perlakuan EA yang memanipulasi media sebegini.

https://twitter.com/LevelCapGaming/status/954087171052380160

https://twitter.com/LevelCapGaming/status/954431603043835904

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Epic Games Memperlahankan Pembangunan Game Paragon Untuk Fokus Kepada Fortnite

9 Sebab ESL One Genting Adalah Acara Esport Terbesar Tahun 2018!