Bersempena acara Level Up Play 2019 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur, Metronomik telah mengeluarkan sebuah video trailer terbaru.

Trailer ini memperkenalkan barisan pelakon suara untuk bahasa Inggeris dalam No Straight Roads. Sebelum ini, mereka telah mengumumkan barisan pelakon suara untuk bahasa Jepun.

Di akhir video, mereka turut mendedahkan orang-orang kuat dalam mencipta lagu-lagu dan bunyi-bunyian yang bakal ditampilkan dalam game ini.

Berikut ialah apa yang didedahkan dalam trailer ini.

Pelakon suara bahasa Inggeris:

  • Mayday ( Su Ling Chan)
  • Zuke (Steven Bones)
  • Tatiana (Priscilla Patrick)
  • DJ Subatomic Supernova (‘Uncle’ Ali Imran)
  • Yinu (Damia Huda)
  • Neon J (Muhammad Zulhilmi)
  • Sayu (Nikki Simmons)
  • Eve (Joanna Bessey)
  • DK West (Alfred Loh)

Barisan Komposer:

  • Composers – FALK AU YEONG, ANDY TUNSTALL, JAMES LANDINO dan FUNK FICTION
  • Guest Composers – MASAHIRO “GODSPEED” AOKI, AZ SAMAD dan CLYDE RABATEL
  • Sound Design – GWEN GUO, JEREMY GOH, ALEX WONG dan BINGS LEE

No Straight Roads akan dilancarkan pada awal tahun 2020 untuk PC dan PS4.

JomKomen!