Buat julung kalinya, Lenovo telah mengadakan acara sidang media secara digital sebentar tadi — memperlihatkan senarai produk komputer baharu mereka yang memfokuskan kepada gaming.
Menggunakan tagline “stylish on the outside, savage on the inside” — barisan model terbaharu ini membawakan tema rekaan luaran yang minimalis, namun menyajikan prestasi yang bagus.
Lima model laptop dan satu model desktop baharu telah diumumkan. Lima laptop tersebut ialah Legion 5 (AMD), Legion 5i, Legion 5Pi, Legion 7i, dan IdeaPad Gaming 3i. Model desktop baharu itu pula ialah Legion Tower 5i.
Untuk Legion 5 (AMD), Legion 5i, dan Legion 5Pi, ia akan dilancarkan pada Jun ini, manakala Legion 7i, Legion Tower 5i, dan IdeaPad Gaming 3i pula akan hadir kemudian pada tahun 2020.






Di bawah ialah infografik spesifikasi untuk model yang akan dilancarkan pada Jun ini. Untuk model lain yang akan dilancarkan kemudian pada tahun ini, ianya masih belum didedahkan spesifikasinya. Malah, harga untuk setiap model baharu ini masih belum diumumkan.
Legion 5 (AMD)
Legion 5i
Legion 5Pi
Pihak Lenovo akan membuka pra-tempah untuk barisan produk terbaharu ini dari 1 hingga 15 Jun ini. Jangan lepaskan peluang pra-tempah ini kerana ada ganjaran menarik yang menanti korang. Pautan pra-tempah di sini.
Comments
Loading…