in , ,

Lenovo Legion 5 – Adunan Minimalis Dan Prestasi

Lenovo Legion 5 menjanjikan laptop gaming minimalis dengan spesifikasi umphh mampu milik. Unit reviu kitorang dapat adalah model permulaan daripada siri varian Legion 5 dengan spesifikasi lain yang lebih tinggi.

Binaan
Tidak seperti laptop gaming lain dengan rona warna garang ganas, Legion 5 tampil dengan rekabentuk yang simple dan kelihatan agak profesional seperti laptop kebanyakan. Dengan binaan daripada plastik berkualiti, Lenovo kelihatan berjaya menggabungkan prestasi dan fungsi di dalam chassis yang understated.

Nak main game ketika waktu senggang di pejabat pun boleh tanpa menarik perhatian ramai. Pastikan korang matikan pencahayaan rona RGB di bahagian keyboard untuk sesi gaming yang lebih terselindung. Ehem.

Keyboard
Menyebut tentang keyboard, Legion 5 memberikan pengalaman menaip yang sedap dan selesa dengan kekunci chiclet bersaiz secukup rasa dengan pisahan antara kekunci yang tidak terlalu rapat. Key travel juga sesedap rasa. Lenovo sememangnya membuktikan mereka pakar dalam menghasilkan keyboard yang enak dipakai sepertimana keyboard di dalam siri laptop premium mereka yang lain.

Bagaimanapun, bagi tangan-tangan bersaiz besar mungkin merasakan ianya agak sempit – bukan salah keyboard tetapi form factor laptop ini secara keseluruhan. Mungkin boleh sambungkan Legion 5 ini kepada keyboard mechanical yang lebih selesa bagi menyelesaikan isu ini.

Skrin
Selepas keyboard, skrin pula menjadi perhatian kami. Disandar di atas sistem engsel yang boleh dibuka sehingga 180° memberikan sudut tatapan yang fleksibel, skrin IPS pbersaiz 15.6 inci dengan resolusi 1080p dan refresh rate 120Hz ini memberikan pengalaman permulaan gaming bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan skrin ber-FPS (frame rate per second) tinggi.

Perlu diingatkan, apabila Legion 5 ini dicabut daripada power brick, skrin ini akan bertukar menjadi 60Hz, jadi kalau nak bergaming on the road, kenalah bawa sekali power brick 170W tu ye. Tak cukup dengan 120Hz? Bagi gamer seasoned, boleh aje pilih varian Legion 5 dengan spesifikasi skrin sehingga 144Hz. Setel.

Speaker
Bagi sistem audio pula, Legion 5 didatangkan dengan dua speaker Harman.

Ianya tidaklah terlalu wow, namun memikirkan gamers akan menggunakan headphone kegemaran semasa gaming, speaker ini lebih kepada memainkan muzik ataupun browsing video di Youtube. Pendek kata ianya basic, tapi OK.

Ports
Pilihan susun letak ports yang bijak dan boleh dikatakan agak banyak juga menggembirakan kitorang dengan kebanyakan port diletak di bahagian belakang Legion 5. Penulis secara peribadi lebih sukakan konfigurasi sebegini kerana serabut melihat wayar yang berselirat keluar daripada laptop dengan ports di bahagian tepi. Kalau di belakang tu, tersorok sikit pintalan wayar tu semua.

Legion 5 menampilkan satu USB 3.1 Type-A dan audio jack 3.5mm di bahagian kiri dan satu lagi USB 3.1 Type-A di bahagian kanan. Itu sahaja – sweet and simple. Di bahagian belakang pula diletakkan sebahagian besar port-port lain seperti charging port, HDMI 2.0, 2x USB 3.1 Type-A, Gigabit eternet port, dan USB 3.1 Type-C yang boleh menyalurkan signal DisplayPort ke monitor external sekiranya korang menginginkan kebebasan skrin yang lebih besar dan luas.

Prestasi
Bercakap tentang prestasi pula, varian Legion 5 kami tampil dengan processor AMD Ryzen 5 4600H, graphic card NVIDIA GeForce GTX 1650, dan RAM 8GB DDR4-3200. Sebagai model entry Legion 5, unit reviu kami menampilkan prestasi GPU yang ala kadar dibandingkan dengan apa yang ada pada laptop-laptop pesaing Lenovo yang lain.

Expect untuk mainkan game-game AAA masakini dengan setting pada Low atau Medium. Kami menjangkakan prestasi siri Legion 5 ini akan naik selari dengan varian lain yang lebih berspesifikasi tinggi. Jika mahukan pengalaman gaming yang lebih baik, samada pilih varian Legion 5 yang berspesifikasi tinggi.

Berikut adalah spesifikasi unit reviu yang dihantar kepada JomGaming. Spesifikasi di dalam (kurungan) adalah spesifikasi optimum bagi varian lain dalam siri Legion 5 ini;

Lenovo Legion 5
CPU: AMD Ryzen 5 4600H (Sehingga AMD Ryzen 7 4800H)
GPU: NVIDIA GeForce GTX 1650 (Sehingga NVIDIA RTX 2060)
RAM: 8GB DDR4-3200MHz (Sehingga 16GB DDR4 3200 MHz )
Storan: 512GB NVMe SSD (Sehingga 1TB PCIe SSD)
Skrin: 15.6 inci 1080p 120Hz (Sehingga 15.6 inci 1080p 144Hz)
Harga: RM3,889 (Sehingga RM4,600)

Written by Big Boss

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Cristiano Ronaldo Dibawa Masuk Ke Dalam Free Fire Dengan Kostum Futuristik

6 Game Esports Yang Akan Dipertandingkan Dalam Sukan SEA 2021 Vietnam Diumumkan