Pencahayaan RGB – suka atau tidak, hasil kerja lelaki ini tetap mengagumkan!

Richard Clinton, dari 8-Bit Builder, seorang individu di dalam komuniti 3D printing telah berkongsi hasil kerjanya – sebuah casing PC gaming dengan pencahayaan RGB paling bling bling pernah kitorang tengok!

Beliau telah menghabiskan sebulan untuk 3D print keseluruhan casing PC ini dan 20 jam untuk menyambung wayar ke kesemua 440 LED. Komponen-komponen LED ini kemudiannya dikawal ASUS Aura Sync.

Bagi korang yang bertanya – apa spesifikasi PC ini? Richard telah menyenaraikan komponen-komponen yang dipasang di dalam PC gaming beliau ini:

Mobo: ROG Maximus X Hero
GPU: ROG Strix GeForce GTX 1070 
RAM: TEAM GROUP T-FORCE DELTA RGB DDR4 GAMING 
MEMORY 16 GB
SSD:TEAM GROUP T-FORCE DELTA SSD
Thermaltake: 600w RGB PSU

Korang boleh layan album gambar PC yang dinamakan Aurora Cubes ini di dalam album di bawah:

Amacam? PC gaming korang boleh challenge ke? Kalau ikut pepatah PC gamerz, “lagi banyak RGB, lagi laju PC gaming” – PC gaming Aurora Cubes ini pastinya PC paling laju dan berkuasa di muka bumi sekarang.

Korang boleh follow Richard di 8-Bit Builder, ada banyak lagi gambar dan hasil kerja 3D print yang lain untuk korang kagumi.

JomKomen!